Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-05 13:39:37    
Kerjasama antara Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China dan Thailand Amat Cerah.

CRI
Thailand merupakan negara yang mempunyai hubungan paling erat dengan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China selain daripada Vietnam. Kawasan barat daya Guangxi yang paling dekat dengan Thailand hanya berjarak kira-kira 500 kilometer. Laluan penerbangan dari Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi merupakan laluan penerbangan paling dekat dari China ke Thailand, perjalanannya hanya 2 jam sahaja. Dalam sejarah, penduduk Guangxi banyak berhijrah ke Thailand, sekarang, terdapat 300 ribu keturunan penduduk Guangxi menetap di Thailand.

Sehingga sekarang, masih terdapat banyak perkataan yang sama atau hampir sama dalam bahasa Thailand dan bahasa Etnik Zhuang di Guangxi, malah rakyat Thailand dan penduduk etnik Zhuang boleh saling memahami bahasa lisan antara satu sama lain. Khususnya bahasa Etnik Zhuang di bahagian selatan Guangxi lebih mirip dengan bahasa Thailand, penduduk Etnik Zhuang lebih mudah belajar bahasa Thailand. Adat resam penduduk Etnik Zhuang dan penduduk Thailand juga hampir sama.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ekonomi Thailand berkembang pesat, nilai pendapatan perkapita penduduknya mencapai lebih 2000 Dolar Amerika. Ekonomi Guangxi dan Thailand saling melengkapi, jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak meningkat secara besar-besaran, pada tahun 2002, jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak sudah mencapai 40.45 juta Dolar Amerika, jumlah eksport Guangxi mencapai 26.22 juta Dolar Amerika, jumlah import mencapai 14.23 juta Dolar Amerika. Terdapat ramai usahawan Thailand melabur dan menguruskan perniagaan di Guangxi, pelaburan dari Thailand ke Guangxi meningkat secara berterusan, sehingga penghujung tahun 2001, jumlah pelaburan dari Thailand di Guangxi mencapai 270 juta Dolar Amerika.

Seiring dengan perasmian lalaun penerbangan Nanning-Bangkok, Guilin-Bangkok, jumlah pelancong dari Thailand ke Guangxi juga meningkat. Pada tahun 2002, terdapat 14991 pelancong Thailand melawat Guilin, bandar pelancongan yang terkenal di Guangxi, Thailand sudah menjadi salah satu daripada 10 negara sumber pelancong yang terbesar kepada Guangxi.

Pertukaran kebudayaan dan kalangan rakyat antara Guangxi dan Thailand juga mempunyai asas yang kukuh. Pakar dari Akademi Sains Sosial Guangxi telah mencapai hasil yang menggalakkan dalam penyelidikan perbandingan etnik Zhuang dan Thailand dan telah mendapat reaksi yang positif dari pihak Thailand. Pesta Lagu Rakyat Antarabangsa yang dianjurkan di Guangxi setahun sekali telah menarik banyak pelancong Thailand.

Kerjasama antara Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi dan Thailand sudah mempunyai skop yang tertentu dan telah mencapai hasil yang baik. Pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pihak masih mempunyai potensi yang besar dalam situasi yang baru.

Thailand mempunyai ramai usahawan yang hebat, mereka mempunyai teknik pemprosesan hasil pertanian yang diperlukan oleh Guangxi, sumber pelancongan di kedua-dua tempat sangat kaya, usaha kedua-dua pihak meningkatkan kerjasama boleh menarik lebih ramai pelancong dari Asia Tenggara ke Guangxi, Guangxi juga boleh menguruskan lebih ramai pelancong dari seluruh China matlamat ke Thailand.

Pertukaran kebudayaan dan kalangan rakyat antara Guangxi dan Thailand baru dimulakan. Seiring dengan China semakin hari semakin kuat, kebudayaan China semakin popular di Thailand, Thailand memerlukan ramai tenaga profesional bahasa Mandarin, juga terdapat ramai rakyat Thailand ingin datang ke China untuk belajar sains dan teknologi serta pelbagai kebudayaan China. Pasaran pertukaran sains dan teknologi serta kebudayaan antara kedua-dua pihak mempunyai ruang yang besar.

Zon Dagangan Bebas China-ASEAN akan ditubuhkan pada tahun 2010, Thailand mungkin akan menjadi negara pertama yang memeterai perjanjian perdagangan bebas dengan China. Landasan kereta api Pan-Asia sudah ditetapkan bermula dari Singapura, melalui Malaysia, Thailand, Kemboja, Vietnam. Landasan kereta api dari Bangkok ke Nanning, ibu kota Guangxi akan mendorong peningkatan hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pihak.

Keadaan Guangxi dan Thailand serupa, sumber pelancongan dan pertanian sangat kaya di kedua-dua tempat tersebut? Thailand sudah lebih maju dalam bidang industri dan pelancongan?ini telah menyediakan pengalaman kepada Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China?

----Andika