Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-05 15:42:25    
Pemain Tenis China Mencapai Hasil yang Baik dalam Grand Slam

CRI
Terdapat banyak acara sukan China bertaraf tinggi, dan menduduki tempat terdepan di dunia, tetapi juga mempunyai beberapa acara sukan yang masih kurang maju, termasuk tenis. Dalam Pertandingan Terbuka Tenis Australia, pertandingan Grand Slam penting yang pertama pada tahun 2004, pemain beregu wanita China telah mencapai hasil yang baik, kedua pasang pemain beregu masing-masing memasuki 16 pemenang depan, Zhang Jie dan Yan Zi telah berkelayakan dalam 8 pemenang terdepan.

Pertandingan tenis tidak mempunyai piala dunia atau kejohanan dunia seperti bola sepak atau bola keranjang, selain sukan olimpik, 4 pertandingan Grand Slam yang bersejarah termasuk Pertandingan Terbuka Australia, Pertandingan Terbuka Perancis, Pertandingan Terbuka Wimbledon serta Pertandingan Terbuka AS digelar sebagai pertandingan tenis bertaraf paling tinggi di dunia. Pemain China menyertai Grand Slam hanya 10 tahun sahaja, pemain China Li Fang dan Yi Jingqian pernah mencapai hasil dalam pertandingan perseorangan wanita, tetapi dalam Pertandingan Terbuka Australia tahun ini, pemain China Zheng Jie dan Yan Zi menewaskan pihak lawan terus dan berkelayakan dalam 8 pemenang terdepan, ini merupakan rekod yang paling baik kepada pemain tenis China. Ketua pasukan tenis kebangsaan China Wang Guanghe berpendapat:

"Kami dengan tepat menentukan taraf sukan tenis China di arena antarabangsa, acara wanita ialah titik penting, acara beregu mempunyai harapan paling tinggi, jurulatih dan pemain kami mempunyai tuntutan yang tinggi kepada diri sendiri. Kami sudah lama mengemukakan satu semboyan: mencapai hasil yang baik dalam 4 Grand Slam, memasuki pusingan kedua, dan menduduki 8 tempat yang teratas. Rekod yang baik dalam pertandingan kali ini juga merupakan kegiatan sekalian."

Panduan yang ditetapkan oleh Persatuan Tenis China telah menunjukkan arahan kemajuan perkembangan tenis China. sejak tahun lalu, pemain wanita perseorangan China telah memasuki 80 di dunia, setelah berkelayakan dalam pemenang ke-8, kedudukan di dunia juga lebih maju belasan nomber, dan sudah memasuki 50 nomber depan di dunia, ini telah menyediakan syarat supaya berkelayakan menyertai Sukan Olimpik Athens.

Zheng Jie merupakan pemain tenis wanita yang paling bagus di China sekarang, dalam Pertandingan Terbuka Australia tahun ini, dia bersama-sama pemain Yan Zi akhirnya berkelayakan dalam pertandingan suku akhir, walaupun tidak dapat memasuki pertandingan separuh akhir, tetapi beliau berpendapat mereka mempunyai keupayaan untuk menang. Hasil terbesar dalam pertandingan kali ini ialah telah meningkatkan pengalaman dan kepercayaannya untuk melawan pemain hebat, beliau berkata:

"Pada masa dahulu, kami berpendapat, taraf pemain terkenal di dunia terlalu tinggi. Tetapi kali ini setelah melawan dengan mereka, kami berasa jurang perbezaan tidak begitu besar, kami harus mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri."

Walaupun sekarang kepercayaannya sudah meningkat, tetapi Zheng Jie belum mempunyai hasrat untuk menyertai pertandingan suku akhir atau pertandingan akhir, beliau menyatakan, tarafnya harus ditingkatkan lagi.

Pendapat pemain tersebut sama dengan jurulatih, Wang Liangzuo, jurulatih kepada Zheng Jie dan Yan Zi berpendapat, sepasang pemain tersebut yang dipimpin olehnya masih kurang matang dari segi teknik, tetapi mereka semakin hari semakin maju dalam pertandingan. Beliau berkata:

"Sebagai jurulatih, saya tidak hanya mementingkan rekod sahaja, saya mementingkan keinsafan pemain saya dalam pertandingan yang penting. Pemain hanya mendapat keinsafan dalam pelbagai pertandingan baru boleh mendapat rekod yang baik dalam Sukan Olimpik nanti. Khususnya melawan dengan pemain hebat bertaraf dunia, pemain kita boleh mendapat banyak pengalaman dan keinsafan untuk mencapai rekod yang baik dalam pertandingan masa depan. Sekarang, kalah atau menang tidak penting, yang terpenting ialah mendapat pengalaman dan keinsafan itu.

Sukan tenis China masih akan menempoh jalan yang jauh untuk mencapai kemajuan yang benar dan kukuh, pemain dan jurulatih harus meneroka potensi diri sendiri dan menerima lebih banyak pengalaman yang maju dari negara lain. Ketua pasukan tenis China Wang Guanghe berpendapat, kejayaan yang menggalakkan dalam Pertandingan Terbuka Australia kali ini akan menyediakan peluang yang baik untuk meningkatkan taraf sukan tenis China, menggalakkan pemain dan jurulatih tenis China terus berusaha untuk mencapai kemajuan yang lebih besar.

----Andika