|
 Wartawan CRI melaporkan bahawa Kementerian Pertanian China hari ini mulai melaksanakan sistem penerangan untuk mengumumkan perebakan wabak Selesema Burung. Menurut laporan yang diumumkan hari ini, pada beberapa hari kebelakangan ini, China telah dengan baik mengawal perebakan wabak Selesema Burung.

Naib Menteri Pertanian China Encik Liu Jian dalam sidang akhbar berkata, pada masa ini, perebakan wabak Selesema Burung yang sudah muncul di China berjumlah 23 kali, ayam dan itik yang sakit yang sudah dikesan berjumlah lebih 50 ribu ekor, dan ayam dan itik yang sudah dibunuh berjumlah lebih 1.2 juta ekor; tidak mendapati kes manusia dijangkiti Selesema Burung.
Dilaporkan pula bahawa pada masa ini, tata tertib pasaran agak baik di pelbagai kawasan perebakan wabak Selesema Burung termasuk Guangxi, Hunan dan Anhui, dan urusniaga ayam dan itik dikawal secara berkesan.
Menteri Pertanian China Encik Du Qinglin semalam secara berasingan memaklumkan keadaan terkini kepada Pertubuhan Makanan dan Pertanian P.B.B, Wakil WHO di China dan diplomat pelbagai negara di China tentang usaha China mencegah dan merawat Selesema Burung.
|