Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa Pusat Timbangtara Antarabangsa Pudong Shanghai China telah ditubuhkan semalam. Sebanyak lebih 10 ribu perusahaan asing dari lebih 80 buah negara dan kawasan yang melabur di Pudong dapat menikmati perkhidmatan undang-undang yang bersesuaian dengan kelaziman antarabangsa.
Sebagai cabang Suruhanjaya Timbangtara Shanghai, Pusat Timbangtara tersebut akan menangani dan menjalankan penimbangtaraan terhadap pelbagai perdagangan antarabangsa, kewangan antarabangsa, projek antarabangsa dan pertelingkahan ekonomi yang melibatkan firma.
|