Menurut Agensi Berita Xinhua: 9 badan Dewan Negara China mengeluarkan pemberitahuan kecemasan baru-baru ini, menuntut badan pengurusan saluran keluar masuk berkaitan meningkatkan pengurusan terhadap anggota, kargo, barangan dan peralatan pengangkutan yang keluar masuk China untuk mencegah perebakan wabak selesema burung.
Berdasarkan pemberitahuan itu, pelbagai badan di pelbagai tempat harus meningkatkan pemeriksaan dan kuarantin terhadap kargo khususnya kargo dari kawasan yang dikesan selesema burung keluar masuk China, meningkatkan pengurusan terhadap perdagangan dan saluran di sempadan, mencegah dengan ketat ayam dan itek serta barang keluaran berkaitan dari kawasan yang dikesan wabak keluar masuk China.
|