Menurut Agensi Berita Xinhua: untuk mencegah perebakan wabak selesema burung, ayam hidup dihentikan dijual di Hong Kong selama 6 hari. Pada 6 Februari lalu, ayam hidup dibenarkan dijual di Hong Kong lagi.
Menurut pegawai berkaitan, ayam hidup kumpulan pertama yang dijual disediakan dari ladang ternakan tempatan. Harga ayam naik kerana jumlahnya berkurangan.
Menurut statistik terbaru, pada masa ini, sebanyak lebih 340 ribu ekor ayam dan itek yang dijangkiti selesema burung telah dibunuh di Taiwan.
|