Menurut Agensi Berita Xinhua China hari ini bahawa statistik terkini dari Kastam China menyatakan, pada tahun 2003, jumlah perdagangan China-A.S buat pertama kali melebihi 100 bilion dolar Amerika iaitu mencatat 126.3 bilion dolar Amerika. Pakar berpendapat bahawa hubungan ekonomi dan perdagangan China-A.S telah memasuki tahap yang matang dan akan terus berkembang maju pada tahun 2004.
Statistik tersebut menjelaskan bahawa pada tahun 2003, jumlah import China dari A.S mencatat hampir 34 bilion dolar Amerika, dan eksportnya melebihi 92 bilion dolar Amerika.
Pakar berpendapat bahawa seiring dengan ekonomi China berkembang dengan pesat, importnya dari A.S akan meningkat dengan lebih cepat, khususnya dalam bidang keluaran teknologi maklumat, kemudahan mesin dan elektronik.
|