Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-09 13:43:18    
Orang China Berasa Selamat Dengan Hiasan Rumah Yang Tidak Berbahaya

cri
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat hiasan dalaman berkembang dengan cepat di China. Taraf kehidupan rakyat telah meningkat dan rumah mereka dihias lebih cantik. Namun bagaimanapun, terdapat masalah yang wujud dalam pasaran bahan binaan hiasan, termasuk bahan binaan bermutu kurang baik. Masalah itu harus diselesaikan dan juga telah mendapat perhatian kerajaan China. Bahagian yang berkenaan sedang berusaha untuk menyusun semula pasaran bahan binaan.

Di kawasan bandar China, jika penduduk berpindah ke rumah baru, rumah mereka akan dihias dengan cantik. Pemilik rumah lama juga akan menghias rumah mereka beberapa tahun sekali, supaya kelihatan baru dan menarik. Di desa, hiasan rumah sudah menjadi satu keperluan, dan juga terdapat banyak rumah yang dihias lebih mewah dan cantik, lebih-lebih lagi di desa kawasan timur China yang ekonominya berkembang maju, taraf hiasan semakin tinggi. Menurut statistik, dalam beberapa tahun kebelakngan ini, nilai pengeluaran syarikat hisan dalaman China pada setiap tahun mencatat lebih 20%. Produk luar negar juga mendapat sambutan daripada rakyat China seperti cat Dulux Britain. Tokoh yang berkenaan menjangka, dalam lima tahun akan datang, syarikat hiasan dalaman China juga akan berkembang dan permintaan pasaran akan melebihi 700 bilion yuan Renminbi.

Disebabkan pasaran berkembang dengan terlalu cepat, kini, terdapat banyak masalah muncul dalam hiasan rumah di China. Baru-baru ini, rumah baru encik Liu Yongpo di Distrik Xicheng Bandar Beijing sedang dihias, beliau bimbang akan membeli bahan binaan yang kurang bermutu.

Beliau berkata: " Rumah baru saya sedang dihias, saya sangat bimbang akan membeli bahan binaan yang kurang bermutu, walaupun saya sudah berkunjung ke beberapa buah kedai.

Kualiti bahan binaan kurang bermutu merupakan masalah dalam menghias rumah di China. Di pasaran bahan binan, terdapat belbagai bahan binaan seperti cat, papan kayu lantai dn lain-lain. Mozek sahaja terdapat beberapa ratus jenis, tetapi mutunya berbeza. Walaupun ada bahan binaan berkualiti baik, tetapi, jika mutunya kurang baik akan mempengaruhi keselamatan dan kesihatan manusia.

Pakar dari Institut Penyelidikan Ekonomi Akademi Sains Sosial China, Profesor Han Meng telah mengadakan kajian khas tentang masalah bahan binaan yang kurang bermutu di pasaran, beliau menjelaskan sebab timbul masalah tersebut.

Beliau berkata: "Demi untuk kepentingan sendiri, kilang tidak mempertimbangkan unsur yang tidak selamat dalam proses pengeluaran bahan hiasan rumah, keselamtan pengguna dan perlindungan alam sekitar. Selain itu, pengguna kekurangan kesedaran tentang keselamatan dan cara perlindungan".

Profesor Han menegaskan, masalah tersebut mendapat perhatian kerajaan, kerajaan telah meningkatkan kawalan terhadap pencemaran kimia dalam rumah. Pada tahun yang lalu, Biro Pengawasan, Pemeriksaan dan Kuarantin Mutu Negara China telah mengumumkan standard tentang 10 aspek jumlah terhad pelepasan bahan kimia dalam bahan binaan hiasan dalaman. Tindakan ini dapat mengelakkan bahan binaan yang mengandungi bahan kimia yang tinggi memasuki pasaran. Bandar Beijing juga menetapkan standard pemeriksaan mutu terhadap projek hiasan dalaman dan mengemukakan tuntutan terhadap pengeluar pelbagai bahan binaan. Standard ini mulai dilaksanakan pada l Oktober tahun ini.

Baru-baru ini, Biro Pemeriksaan Mutu Negara dan Kementerian Pembangunan China mengambil tindakan untuk menyusun semula pasaran bahan binaan di seluruh negara. Naib Menteri Biro Pemeriksan Mutu Negara China Pu Changcheng berkata: " Kami berharap melalui tindakan penyusunan semula ini, dapat mewujudkan mekanisme untuk mencegah bahan binaan kurang bermutu memasuki pasaran, bagi menjamin mutu bahan binan tidak menjejaskan kesihatan, pengeluaran, pekerjaan dan rumah kediaman penduduk dan meningkatkan pembangunan sistem perundangan, supaya sistem itu dilaksanakan dengan lebih kemas".

Encik Pu Changcheng juga menyatakan, kerajaan juga akan meningkatkan pengawasan dan pemeriksaan secara rambang terhadap bahan binaan dan produk yang tidak memenuhi standard tidak boleh dijual di pasaran. Dengan tindakan tersebut dapat membendung pengeluaran dan penjualan bahan binaan yabg kurang bermutu dan menjamin mutu hiasan dalaman dan kesihatan dan keselamatan penduduk.

Tindkan kerajaan menyusun semula pasaran bahan binaan telah mendapat reaksi positif masyarakat. Encik Liu Yongpo berkata, beliau tidak bimbang akan membeli bahan binaan yang kurang bermutu ketika membuat hiasan dalaman.

Pakar Akademi Sains Sosial China, Profesor Han Meng berpendapat, kerajaan memberi perhatian terhadap pasaran bahan binaan, ini mencerminkan kerajaan amat mementingkan peningkatan mutu kehidupan rakyat. Beliau berkata:

"Tindakan tersebut mencerminkan kerajaan China memberi perhatian terhadap perkembangan ekonomi dan standard pasaran dalam operasi ekonomi dan mementingkan masalah sumber, ekologi alam sekitar dalam aktiviti ekonomi dan pembangunan negara serta kesihatn manusia.

Difahamkan, pada tahun ini, China akan menyusun semula prosedur pasaran dalam 6 aspek tersebut, selain mengemaskan peraturan hiasan dalaman, juga menjamin keselamatan makanan. Tindakan kerajaan akan berfaedah bagi mengemaskan prosedur pasaran dan rakyat boleh menikmati kehidupan yang lebih selesa.

----Wang Ling