Pertubuan Kerjasama Ekonomi Bangladesh, India, Myanmar, Sri Lanka dan Thailand Tandatangan Draf Perjanjian Rangka Perdagangan Bebas
CRI
Menurut berita CRI, Sidang Menteri Luar Bangladesh, India, Myanmar, Sri Lanka dan Thailand semalam ditutup di pulau Phuket, Thailand. Para hadirin telah menandatangani draf perjanjian rangka perdagangan bebas dan menegaskan bahawa kelima-lima negara tersebut akan bersama-sama menghadapi cabaran baru.
Draf perjanjian tersebut termasuk anggota pertubuahan tersebut akan menyelesaikan rundingan tentang masalah saling mengurangkan atau membatalkan tarif sebelum Disember tahun 2005, menamatkan rundingan tentang membuka pasaran perkhidmatan dan pelaburan sebelum tahun 2007 dan secepat mungkin mewujudkan perdagangan bebas antara pelbagai negara anggota. Draf tersebut juga menegaskan bahawa pelbagai negara anggota harus meningkatkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi, sumber tenaga, lalu lintas, komunikasi, pelancongan, perikanan dan lain-lain.
|
|