Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-09 18:11:22    
Kumpulan Penyeliaan Periksa Pencegahan dan Rawatan Selesema Burung Di Pelbagai Tempat China

CRI
Menurut berita CRI, Dewan Negara China semalam menghantar kumpulan pakar Penyeliaan ke 11 buah kawasan pentadbiran peringkat provinsi untuk mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan terhadap pekerjaan pencegahan dan rawatan selesema burung yang dilakukan dipelbagai tempat.

Naib Perdana Menteri China dan juga Pengarah Pejabat Pencegahan dan Rawatan Selesema Burung Seluruh Negara China Encik Hui Liangyu berkata bahawa tugas utama mereka ialah memeriksa pengaturan kecemasan untuk menghadapi keadaan mengejut di pelbagai tempat, penubuhan struktur pimpinan, pelaksanaan tanggungjawab untuk mencegah selesema burung, bekalan barang-barang dan kemudahan yang diperlukan dan tindakan yang dirancangkan untuk mencegah wabak selesema burung.

Kementerian Pertanian China pada hari itu memaklumkan bahawa kes kebarangkalian selesema burung yang berlaku di 6 buah kaunti dan bandar provinsi-provinsi Hupei, Shanxi, Gansu, Hunan, Guangdong dan Zhejiang China dikenalpasti sebagai selesema burung H5N1. Tindak yang berkesan telah dilaksanakan di pelbagai tempat China untuk mencegah perebakan wabak selesema burung.

Menurut berita yang lain, kerana cuaca beransur-ansur menjadi hangat, burung di bahagian selatan China mula berpindah ke kawasan bahagian utara. Kementerian Kehutanan Negara China semalam menuntut kerajaan pelbagai tempat mencegah perebakan selesema burung kerana burung berpindah ke kawasan bahagian utara, khususnya mencegah manusia dijangkit.