Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-10 15:19:09    
Pembangunan Pasukan Penyelamat Antarabangsa China

Agensi Berita Xinhua China
Bencana alam sentiasa berlaku tanpa tidak dapat diramal. Misalnya gempa bumi, penyakit berjangkit, perang dan lain-lain. Bencana alam tersebut membawa malapetaka kepada manusia. Yang untung ialah, apabila berlakunya bencana alam, beberapa pasukan penyelamat akan memberikan bantuan dengan cepat dan cekap.

Pasukan Penyelamat Antarabangsa China ditubuhkan pada bulan April tahun 2002 dan juga merupakan Pasukan Penyelamat Bencana Gempa Bumi Negara China. Pasukan penyelamat peringkat negara China pertama ini terdiri daripada 230 orang anggota dan pakar dari Biro Gempa Bumi China, pegawai dan anggota tentera dari Kawasan Ketenteraan Beijing dan doktor dan jururawat Hospital Polis Tentera. Pasukan itu dilengkapi dengan peralatan mencari dan kemudahan penyelamatan yang moden di arena antarabangsa dan mampu melaksanakan tugas memberi bantuan kecemasan di dalam dan luar negara. Terdapat unit mencari mangsa, menyelamat, pegawai perubatan, pakar teknologi dan bantuan logistik.

Pasukan penyelamatan China mempunyai 7 jenis kemudahan utama untuk menyediakan bantuan kepada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan selepas berlakunya gempa bumi. Kemudahan-kemudahan tersebut termasuk: peralatan mencari dan anjing pengesan, peralatan penghancuran, pemotongan dan peralatan untuk memanjat; selain itu juga terdapat kemudahan perubatan, telekomunikasi, penerangan, perlindungan dan kemudahan logistik.

Pasukan Penyelamat Antarabangsa China bertugas di Iran semasa gempa bumi berlaku di sana.

Pada 21 Mei lalu, gempa bumi berukuran 6.9 Skala Richter berlaku di Algiers, ibu negara Algeria dan kawasan sekitar bandar itu dan menyebabkan lebih 2 ribu orang mati.Pasukan Penyelamat Antarabangsa China bertolak pada 23 Mei ke luar negara buat kali pertama untuk menjalankan tugas menyelamat. Antara dua mangsa yang masih hidup yang berjaya diselamatkan oleh 38 buah pasukan penyelamat antarabangsa, satu mangsa diselamatkan oleh Pasukan Penyelamat Antarabangsa China. Di samping itu, Pasukan Penyelamat Antarabangsa China juga membawa keluar 4 mangsa yang terperangkap dalam runtuhan. Pegawai PBB juga menyanjung tinggi Pasukan Penyelamat Antarabangsa China, beliau menyatakan: "kecekapan Pasukan Penyelamat Antarabangsa China amat luar biasa."
Selain itu, pasukan penyelamat yang moden juga dicadangkan untuk ditubuhkan di pelbagai provinsi, wilayah autonomi dan bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Pasukan penyelamat juga telah ditubuhkan dalam Jabatan Pentadbiran Am Penerbangan Awam China, Biro Bomba Kementerian Keselamatan Awam dan badan perkapalan dan pelayaran China. Pusat Bantuan Kecemasan 999 Beijing bekerjasama dengan pasukan komunikasi dan bomba tempatan untuk menjalankan bantuan kecemasan perubatan terhadap mangsa kemalangan. Peasukan penyelamat moden juga dibentuk di beberapa bandar maju seperti bandar Shanghai berdasarkan konsep pasukan bomba.

Anjing juga digunakan dalam tugas penyelamatan.

Menurut pakar berkaitan, pembangunan pasukan bantuan perubatan moden udara dan laut harus ditingkatkan di China pada masa depan.

----Ching