Menurut Harian "Renminribao" China terbitan seberang laut hari ini, wartawan dimaklumkan dari Jawatankuasa Penyeliaan dan Pentadbiran Insurans China bahawa insurans China berkembang dengan cepat ekoran pertumbuhan ekonomi nasional China meningkat berterusan dan stabil.
Dimaklumkan bahawa jumlah keseluruhan modal dari Syarikat Insurans China mencatat lebih 910 bilion yuan Renminbi pada akhir tahun yang lalu dan meningkat lebih 40% daripada awal tahun yang lalu. Jumlah yuran insurans pada tahun 2003 meningkat kira-kira 30% daripada tahun 2002.
Jurucakap dari Jawatankuasa Penyeliaan dan Pentadbiran Insurans China berkata bahawa pasaran insurans China pada tahun yang lalu telah dibuka secara berterusan kepada luar negara. Syarikat Insurans luar negara pertama kali dibenarkan masuk ke dalam pasaran insurans China; Syarikat Insurans asing dibenarkan mengadakan urus niaga dalam bidang insurans pertanian, insurans warga tua dan lain-lain; Syarikat Insurans modal asing pertama kali dibenarkan menubuhkan cawangan di kawasan bahagian barat China.
|