Menteri Jabatan Pentadbiran Am Penerbangan Awam China Encik Yang Yuanyuan di Beijing baru-baru ini memaklumkan bahawa walaupun perusahaan penerbangan awam China terjejas akibat perebakan wabak SARS pada tahun 2003, akan tetapi jumlah penumpang dan kargo tahunan telah meningkat berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2002, perusahaan penerbangan awam China berkembang dengan stabil. Beliau menyatakan, tindakan-tindakan berkesan akan diambil untuk meneruskan perkembangan yang pesat perusahaan penerbangan awam China pada tahun 2004 untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih selamat dan cekap kepada penumpang.
Pada separuh tahun pertama tahun 2003, perusahaan penerbangan awam China terjejas hebat disebabkan perebakan wabak SARS di beberapa tempat di China, jumlah kerugian mencatat 10 bilion Yuan RMB. Akan tetapi, keadaan itu diatasi pada separuh tahun kedua tahun 2003. Dalam sidang taklimat tentang perkembangan perusahaan penerbangan awam China, Menteri Jabatan Pentadbiran Am Penerbangan Awam China Encik Yang Yuanyuan memaklumkan bahawa setelah wabak SARS dikawal, Jabatan Pentadbiran Am Penerbangan Awam China menetapkan dan melaksanakan dengan segera rancangan perkembangan agar perkhidmatan penerbangan awam dipulihkan dalam masa yang singkat.
Beliau menyatakan:"Mulai pada bulan Julai tahun 2003, rancangan perkembangan dilaksanakan di seluruh perusahaan. Pada penghujung tahun 2003, jumlah pengangkutan mencatat 17.08 bilion tan kilometer, meningkat 3.6% daripada tahun 2002, jumlah penumpang mencatat 87.59 juta orang, meningkat 1.9% daripada tahun 2002."
Perusahaan penerbangan awam China berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini, kecepatan perkembangan sentiasa dikekalkan pada purata tahun 15% ke atas. Pada tahun 2002, senarai perusahaan penerbangan awam China dalam pertubuhan penerbangan antarabangsa telah mencatat kedudukan kelima teratas di seluruh dunia. Pada masa ini, lapangan terbang di China berjumlah 125 buah, laluan penerbangan tetap berjumlah lebih 1200 buah dan jaringan penerbangan dan pengangkutan dalam dan luar negara yang menghubungi negara dan kawasan utama telah dibentuk. Serentak itu, pembaharuan penerbangan awam China dan pembangunan kemudahan infrastruktur juga mencapai kemajuan besar. Pada tahun 2003, pelaburan pembangunan kemudahan infrastruktur perusahaan penerbangan awam China mencatat 1.1 bilion Yuan RMB.
Menurut Encik Yang Yuanyuan, pada tahun 2004 dan pada masa depan, tindakan berkesan akan diambil untuk mendorong perkembangan dengan pesat perusahaan penerbangan awam China.
Beliau bekata:"Pertama, sistem perundangan dan penyeliaan kerajaan akan dibentuk untuk menjamin keselamatan penumpang; kedua, sistem penyeliaan harus dibentuk dalam perusahaan pengangkutan penerbangan berdasarkan peraturan; dan ketiga, sistem penyeliaan penumpang awam harus dibentuk. Kami akan mengumumkan menurut jadual jatah keselamatan pelbagai perusahaan pengangkutan penerbangan, selain itu, kami juga mengumumkan alamat jaringan net dan nombor telefon pusat maklumat penerbangan awam China dan berharap penduduk awam memberi perhatian terhadap keselamatan perusahaan penerbangan awam."
----Ching
|