Kampung Xinanzhuang terletak di Provinsi Hebei, bahagian utara China. Walaupun kecil, tetapi kampung Xinanzhuang sangat terkenal kerana mempunyai persatuan muzik rakyat yang terdiri daripada petani biasa yang bersejarah hampir 600 tahun. Muzik yang dimainkan oleh mereka pernah mendapat pujian raja China pada zaman dahulu.
"Guangong Ci Cao"—Hulubalang Guangong mengucapakan "Selamat Tinggal" kepada Caocao adalah muzik klasik yang sering dimainkan oleh Persatuan Muzik Rakyat Xinanzhuang dan sejarahnya sudah lebih 200 tahun. Kononnya Raja Qianlong pada zaman Dinasti Qinbg pernah mendengar muzik "Guangong Ci Cao" yang dimainkan oleh pemuzik kampung tersebut.
Menurut catatan "Buku Tahunan Muzik China" bahawa Persatuan Muzik Rakyat Xinanzhuang ditubuhkan pada tahun 1421 dan sudah bersejarah 583 tahun. Pada masa ini, ia mempunyai 46 anggota, antara pemuziknya yang paling tua berumur 90 tahun dan yang paling muda hanya berumur 10 tahun.
Ketua Persatuan Muzik Rakyat Xinanzhuang Encik Jiang Huilai memaklumkan kepada wartawan CRI bahawa pada zaman silam, Raja Qianlong pernah bercemar duli ke Tasik Baiyangdian semasa musim panas, dan tertarik dengan kemahiran pemuzik Persatuan Muzik Rakyat Xinanhzuang. Beliau berkata, "Dalam Pesta Mozhou telah diadakan persembahan muzik, Raja Qianlong yang memiliki Istana Hinggap di kawasan Tasik Baiyangdian, telah bercemar duli ke sana pada musim panas. Baginda mendapati banyak kapal berhias berlayar di Tasik Baiyangdian, dan turut menyamar sebagai pedagang yang menyertai Pesta Mozhou. Baginda suka muzik yang dimainkan oleh penduduk di sana dan menitah Ketua Kaunti Renqiu mencatat semua lagu klasik tersebut untuk dihantar ke Beijing."
Bermula pada masa itu, Persatuan Muzik Rakyat Xinanzhuang menjadi terkenal. Ia mempunyai banyak peralatan muzik yang istimewa, dan juga mempunyai cara catatan lagu yang istimewa yang disebut "Ge Zi" yang berbeza dengan sistem balok. Ketika wartawan CRI bertanya beliau adakah lagu klasik dicatat dengan "Ge Zi"? Beliau menjawab, "Betul, pada masa dahulu, sewaktu saya belajar, kami sudah menggunakan cara ini yang diajar oleh generasi tua. Nota muzik yang paling awal kami gunakan sudah rosak kertasnya, saya fikir nota muzik itu telah diwarisi sejak tahun 1914. Konservatori Muzik Pusat China mempunyai satu buku tahunan yang mencatat hampir semua nota muzik menggunakan cara "Ge Zi" yang terkenal di bahagian utara China, seperti "Shanpoyang", "Guangong Ci Cao" dan "Qi Yan Hui".
Encik Li Tiezhuang yang berumur 90 tahunadalah pemuzik Persatuan Muzik Rakyat Xinanzhuang. Ketika wartawan CRI bertanya beberapakah umur beliau sekarang, beliau menjawab, "Saya berumur 90 tahun, dan suka memainkan alat muzik. Saya sudah lupa ada beberapa generasi pernah menyertai Persatuan Muzik Rakyat Xinanzhuang, sekarang anak kecil di sini panggil saya moyang."
Guo Jianxin yang berumur 12 tahun mulai belajar meniup Sheng—sejenis alat muzik tradisional China pada tahun 2002, dan sekarang sudah boleh mengikuti pelbagai persembahan pancaragam. Ketika wartawan CRI bertanya apa alat muzik yang dimainkannya, dia menjawab, "Ia disebut Sheng, saya belajar daripada Pak Cik saya, Pak Cik saya dan ayah saya adalah anggota Persatuan Muzik Rakyat Xinanzhuang, saya suka meniup Sheng dan meminatinya."
Selepas musim menuai, penduduk Kampung Xinanzhuang sering mengadakan konsert yang meriah yang bertujuan mengeratkan hubungan mereka dengan penduduk sekitar kampung itu di samping bersukaria dan bergembira.
----AZMI
|