|
Menurut berita CRI, Gabnor Bank Rakyat China Encik Zhou Xiaochuan di Beijing semalam menyatakan bahawa China akan meningkatkan dan memperbaiki pengurusan pertukaran wang asing dan menyempurnakan cara penentuan kadar pertukaran Renminbi supaya memelihara keseimbangan antara pemasukan dengan pengeluaran antarabangsa.
Setakat akhir tahun yang lalu, jumlah simpanan pertukaran wang asing negara China mencatat 403.3 billion dolar Amerika menduduki tempat kedua di dunia di bawah Jepun.
Zhou Xiaochuan berkata bahawa Bank Pusat China meningkatkan dan menyempurnakan secara berterusan pengawalan kewangan, menyokong pertumbuhan ekonomi disamping mencegah kemelesetan ekonomi, infrasi dan krisis kewangan.
|