Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri Dewan Negara China Wen Jiabao semalam menyatakan hahawa China akan meningkatkan secara positif pembaharuan kewangan, memperketat pemantauan kewangan dan mempererat penyusunan sistem kepercayaan.
Wen Jiabao dalam sidang pekerjaan bank, sekuriti dan insurans China berkata bahawatindakan besar pembaharuan dan pembukaan pasaran kewangan telah diambil oleh China pada tahun yang lalu, pembangunan perundang-undangan dan pemantauan kewangan telah ditingkatkan secara berterusan, kualiti dan faedah pengelolaan industri kewangan diperbaiki secara berterusan.
|