Menurut berita CRI, Dewan Negara China di Beijing semalam telah mengadakan sidang tetap untuk membincangkan kerja pencegahan dan rawatan selesema burung sekarang. Perdana Menteri Wen Jiabao telah mempengarusikan sidang itu.
Sidang itu menuntut kerajaan tempatan berusaha menjalankan pencegahan dan rawatan selesema burung khususnya menyekat perebakan wabak selesema burung dan mencegah manusia dijangkiti selesema burung.
Menurut Agensi Berita Xinhua China , Pengarah Jabatan Pencegahan dan Rawatan Penyakit Binatang Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China Encik Bi Qiang semasa diwawancara oleh pemberita China dan luar negara semalam berkata bahawa punca selesema burung yang berlaku di pekan Tingdang Kaunti Longan Guangxi masih belum dikenalpastikan .
Menurut berita CRI, Kementerian Kesihatan Vietnam menyatakan bahawa 7 kes kabarangkalian selesema burung telah dikesan pula di Vietnam setakat petang semalam. Jumlah pesakit selesema burung di negara itu mencatat 192 orang. Bersamaan dengan itu, sesetengah negara dan perbadanan antarabangsa terus memberikan bantuan ekonomi kepada negara-negara yang berlaku wabak selesema burung.
|