Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-12 16:10:46    
Pihak China Berpendirian Keutamaan Diberikan kepada Negara Anggota WTO yang Baru Termasuk China

CRI
Menurut berita CRI, Naib Perdana Menteri China Wu Yi hari ini di Beijing semasa bertemu dengan wakil perdagangan A.S Robert Zoellick menyatakan bahawa China berpendirian negara anggota WTO yang baru termasuk China diberikan keutamaan dan kedudukan istimewa dalam rundingan Doha.

Wu Yi menegaskan bahawa, China merupakan sebuah negara membangun dan juga negara anggota WTO yang baru. Sebagaimana yang diketahui bahawa China menunaikan janjinya tentang menganggotai WTO dan memberi sumbangan besar bagi perkembangan system perdagangan pelbagai hala.

Robert Zoellick menyatakan bahawa, kedua-dua negara A.S. dan China mempunyai kepentingan bersama dalam ekonomi dan perdagangan, kedua-dua pihak juga mempunyai pendirian yang mirip tentang masalah rundingan Doha WTO pusingan baru. Penyertaan China yang aktif memanfaatkan rundingan Doha pusingan baru.