Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-12 18:51:03    
Simpanan Pertukaran Wang Asia Pertama Kali Melebihi 2000 bilion Dolar Amerika

CCTV
Menurut berita CCTV China, setakat penghujung Januari tahun ini, simpanan pertukaran wang asing di Aisa buat kali pertama telah mencapai 2000.6 bilion dolar Amerika dan bertambah 4.8% berbanding dengan penhujung tahun 2003.

Menurut statistik yang terkini, Jepun merupakan negara yang mempunyai simpanan pertukaran wang asing yang paling banyak simpanan pertukaran wang asing negara itu telah bertambah 67.7 biliion dolar Amerika pada bulan pertama tahun ini dan kadar tembahan melebihi 10%, simpanan pertukaran wang asingnya telah mencatat 741.2 bilion dolar Amerika. Simpanan pertukaran wang asing di Tanah Besar China peda penghujung tahun lalu telah mencapai 403.3 bilion dolar Amerika dan menduduki tempat kedua di Asia.

Malaysia mempunyai simpanan pertukaran wang asing yang sejumlah 47.7 bilion Amerika dan kadar tambahan sebanyak 6.2% dianggap sebagai kadar tambahan yang paling besar antara negara-negara di Asia. Penganalisis berpendapat bahawa, tambahan simpanan pertukaran wang asing menunjukkan bahawa perkembangan ekonomi di kawasan Asia beroperasi dengan baik.

Pakar yang berkenaan berpendapat bahawa ini menunjukkan bahawa eknomi di kawasan Asia pada masa ini lebih baik daripada kawasan yang lain di dunia, dan ini juga menunjukkan bahawa reputasi di kawasan Asia telah ditingkatkan dan tidak akan berlaku lagi masalah dan krisis kewangaan yang pernah berkalu pada masa lalu di kawasan ini.