Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-13 11:15:07    
Bola Sepak China Berkeyakinan Penuh Layakkan Diri ke Peringkat Pertandingan Sukan Olimpik 2004

CRI

Pertandingan kelayakan bola sepak Sukan Olimpik sedang diadakan di pelbagai benua pada masa ini. Pasukan bola sepak China akan menyertai pertandingan kelayakan itu buat kali ke-7 untuk melayakkan diri ke peringkat pertandingan bola sepak Sukan Olimpik 2004. Pasukan Bola Sepak Olimpik China dianugerah "generasi emas", teknik dan pengalaman mereka amat baik. Mereka menjadi johan dalam pertandingan bola sepak empat negara yang diadakan di Guilin, selatan China baru-baru ini, dan orang awam berkayakinan penuh bahawa pasukan bola sepak China akan mencapai kemenangan dalam pertandingan kelayakan itu.

Sejak pasukan bola sepak China menyertai pertandingan kelayakan Sukan Olimpik pada tahun 1980, pasukan China pernah enam kali menyertai pertandingan kelayakan Sukan Olimpik, tetapi hanya menang pada tahun 1988. Walau bagaimanapun, pasukan China ditewaskan oleh pasukan Jerman, Sweeden dalam pertandingan kumpulan, mengalami kritikan oleh orang awam. Kemudian, Pasukan Bola Sepak Olimpik China gagal untuk menyertai pertandingan akhir.

Hanya pemain bola sepak yang berumur bawah 23 tahun berkelayakan untuk menyertai pertandingan bola sepak Sukan Olimpik. Pertandingan kelayakan Sukan Olimpik 2004 kawasan Asia akan mulai diadakan pada 3 Mac, Pasukan Olimpik China dalam sekumpulan dengan pasukan Republik Korea, Iran dan Malaysia, keempat-empat pasukan yang menang itu akan melayakkan diri ke peringkat pertandingan akhir Sukan Olimpik.

Pasukan Bola Sepak Olimpik China merupakan pasukan bola sepak yang paling baik dalam sejarah. Mereka pernah meraih pingat perak dalam Kejohanan Bola Sepak Pemuda Asia Iran tahun 2000. Pada tahun 2001, pasukan itu menewaskan pasukan Argentina dengan 3:1 dalam pertandingan bola sepak empat negara yang diadakan di Hong Kong. Kemenangan itu telah menakjubkan seluruh dunia. Seterusnya dalam kejohanan bola sepak pemuda dunia Argentin, Pasukan Olimpik China menjadi salah satu pasukan daripada 16 pasukan yang terbaik. Dalam pertandingan bola sepak empat negara yang disertai oleh pasukan China, Maghribi, Romania dan Rusia, pasukan Olimpik China menjadi johan. Semasa menyentuh tentang pasukan Olimpik China, ketua jurulatih pasukan Romania, Nicolae Manea berkata,

"Saya terkejut oleh Pasukan Olimpik China. Mereka mempunyai teknik yang tinggi dan berdisiplin."

Dalam pertandingan kelayakan Sukan Olimpik, pertandingan Pasukan Olimpik China dengan pasukan Republik Korea dan Iran amat penting. Kekuatan Pasukan Olimpik China kurang baik berbanding pasukan Republik Korea dan pasukan Iran, Pasukan Olimpik China mesti menewaskan kedua-dua pasukan tersebut, baru melayakkan diri ke peringkat pertandingan akhir Sukan Olimpik. Justeru itu, Pasukan Olimpik China telah membuat persiapan yang teliti, melatih gigih di pangkalan latihan Maojiawan, Chengdu bermula Disember tahun lalu. Kemudian mereka telah menyertai pertandingan dengan pelbagai pasukan bola sepak Sepanyol. Pertandingan empat negara kali ini merupakan pertandingan awal yang paling penting dan terakhir bagi Pasukan Olimpik untuk melayakkan diri ke peringkat pertandingan akhir Sukan Olimpik. Ketua jurulatih, Shen Xiangfu telah menetapkan beberapa pelan demi pertandingan dengan Republik Korea dan Iran. Beliau berkata,

"Oleh sebab beberapa pemain utama termasuk Du Wei terlalu letih dalam latihan di Sepanyol, mereka perlu rehat dan ini telah menyediakan peluang kepada pemain-pemain simpanan. Saya berpuas hati dengan beberapa orang pemain baru, kerana kami mengutamakan mutu kecekapan badan dan pelaksanaan teknik. Mereka bermain dengan baik dalam pertandingan baru-baru ini."

Antara anggota Pasukan Olimpik China, Du Wei, An Qi dan Qu Bo pernah mengambil bahagian dalam Piala Dunia 2002. Mereka berpengalaman meluas dan merupakan teras pasukan itu. Kemajuan teknik pemain-pemain baru telah menggalakkan persaingan dalam pasukan itu, jurang perbezaan antara pemain utama dengan pemain simpanan semakin kecil, teknik Pasukan Olimpik China semakin matang.

Pasukan bola sepak Maghribi pernah dua kali menewaskan pasukan Republik Korea baru-baru ini, tetapi mereka dikalahkan oleh Pasukan Olimpik China dalam pertandingan yang diadakan di Guangxi. Jurulatih pasukan Maghiribi, Tahi Jamal berkata.

"Pasukan Korea Selatan pantas dan teknik pemain tinggi, tetapi saya fikir bahawa mutu bersepadu mereka kurang tinggi berbanding pasukan China."

Beliau menyatakan bahawa kalau Pasukan Olimpik China meningkatkan daya kawalan, mereka berkemungkinan besar melayakkan diri ke peringkat pertandingan akhir Sukan Olimpik.

Pada 3 Mac, Pasukan Olimpik China akan bertanding dengan pasukan Republik Korea, kami berharap mereka menang dalam pertandingan akhir kali ini.

----Wang Jin

Pasukan Bola Sepak China mengadakan latihan di Hainan, China.