Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-13 14:03:35    
Ekonomi dan Perdagangan antara China dengan Filipina Saling Melengkapi

CRI
Jumlah perdagangan antara China dan Filipina meningkat besar-besaran dalam 10 tahun ini, kadar peningkatan tahunan purata mencapai 25%. Pada tahun 1992, jumlah perdagangan antara China dan Filipina hanya mencapai 364 juta Dolar Amerika, sehingga tahun 2001, jumlah tersebut sudah mencapai 3.565 bilion Dolar Amerika, jumlah import dan eksport China mencapai 1.62 bilion Dolar Amerika dan 1.95 bilion Dolar Amerika, Filipina memelihara lebihan perdagangan selama 2 tahun. Filipina sudah menjadi rakan perdagangan ke-22 terbesar kepada China, manakala China merupakan rakan perdagangan ke-8 terbesar kepada Filipina, kalau termasuk Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Makau, China sudah menajdi rakan perdagangan ke-4 terbesar kepada Filipina.

Struktur komoditi perdagangan antara China dan Filipina mengalami perubahan yang besar. China terutamanya mengeksport mesin, barang pengeluaran industri ringan, tekstil, arang batu dan makanan ke Filiipna, Filipina banyak mengeksport produk industri, milsanya mesin untuk menggantikan hasil, sumber, produk tersebut menempati 81% dalam jumlah eksport Filipina, barang elektrik dan barang elektronik menempati 58% dalam jumlah eksportnya, hasil lain yang dieksport ke China termasuk hasil pertanian, misalnya pisang, minyak kelapa, minyak, bahan mentah plastik dan lain-lain.

Dalam sector hasil pertanian, Filipina ialah negara kawasan tropika, terdapat banyak hasil pertanian tropika termasuk pisang, kelapa, nanas dan hasil pemprosesannya boleh dieksport ke china, buah apel dan buah pear dari utara China boleh dieksport ke Filipina. Kedua-dua negara selain saling melengkapi dalam hasil pertanian, juga boleh saling membantu dan mempelajari dalam teknologi pertanian dan pembekalan benih baik. Pemimpin dan kerajaan China dan Filipina sudah mencapai persefahaman dalam sector pertanian. Walaupun teknologi pertanian China bukan tercanggih di dunia, tanah yang sesuai untuk ditanam tidak banyak, tetapi bekalan makanannya mencukupi untuk 1.2 bilion penduduk. Alam sekitar Filipina sangat baik, tanah sangat subur, kalau Filipina mempunyai cara pertanian yang sesuai, hasil pertaniannya bukan sahaja boleh memenuhi permintaan penduduk dalam negara, tetapi juga boleh dieksport. Sekarang, tokoh berkenaan antara kedua-dua negara sedang menyelidiki pengalaman dan mengadakan kerjasama dalam aspek pertanian.

Jumlah import China dari Filipina meningkat begitu cepat terutamanya mengimport mesin, yang paling banyak ialah barang elektrik dan barang elektronik, menempati 58% dalam jumlah import. Dalam produk eksport dari Filipina ke China, produk sains dan teknologi canggih menempati lebih 70%, tetapi dalam produk eksport dari China ke Filipina, mesin hanya menempati 42% sahaja, produk yang mempunyai sains dan teknologi canggih hanya menempati 14% sahaja, ini menerangkan, dalam produk eksport dari China ke Filipina, banyak produk mempunyai nilai tambahan yang rendah atau produk sumber sahaja.

Produk yang mempunyai keunggulan dari China yang dieksport ke Filipina ialah barang elektrik kegunaan rumah, produk industri ringan, tekstil dan kelengkapan penjanaan elektrik dan lain-lain, produk yang mempunyai potensi yang dieksport dari Filipina ke China ialah hasil galian. Setelah China menganggotai WTO, kerajaan China berjanji untuk membuka pasarannya, menurunkan tarif import. Ini telah menyediakan peluang yang paling baik kepada Filipina untuk memasuki pasaran China.

Jumlah pelaburan antara China dan Filipina semakin hari semakin meningkat. Pada tahun 2001 sahaja, sudah terdapat lebih 100 perusahaan Filipina melabur di China, jumlah pelaburannya sebenar mencapai 209 juta Dolar Amerika; menurut statistik pihak Filipina, jumlah pelaburan dari China ke Filipina juga meningkat, pada tahun 1998 ialah 72 juta Dolar Amerika, pada tahun 1999 ialah 110 juta Dolar Amerika. Seiring dengan keanggotaan China dalam WTO, kerajaan China menggalakkan perusahaan yang bagus dari China melabur ke luar negara, dijangka perusahaan China yang melabur di Filipina akan lebih banyak lagi.

----Andika