Menurut Agensi Berita China, walaupun masih belum sampai masa WTO mengumumkan dengan rasmi laporan keadaan perniagaan sedunia tahun 2003, Naib Kementerian Perdagangan China Wei Jianguo hari ini menyatakan bahawa China berpengharapan menjadi negara perniagaan ke-3 terbesar di dunia hanya di bawah A.S. dan Jerman.
Difahamkan bahawa, walaupun perdagangan luar China dipengaruhi oleh wabak SARS dan sekatan perdagangan antarabangsa pada tahun 2003, tetapi disebabkan peningkatan perdagangan barangan mesin, jumlah perdagangan eksport dan import China pada tahun lalu melebihi 850 bilion dolar Amerika dan bertambah 37% berbanding dengan tahun 2002.
|