Menurut Agensi Berita Xinhua China, wartawan dimaklumkan dari Jabatan Bank Pembangunan Asia di Beijing semalam bahawa Bank Pembanguna Asia akan mendermakan wang sejumlah 350 ribu dolar Amerika kepada China sebagai bantuan teknologi untuk melaksanakan pembaharuan sistem undang-undang dan kehakiman yang bersesuaian dengan permintaan ekonomi pasaran China .
Dimaklumkan bahawa bantuan tersebut bermaksud untuk menggalakkan umum mengambil bahagian dalam penetapan dasar bahagian kerajaan supaya meningkatkan ketelusan proses penetapan dasar. Jawatankuasa Perundang-undangan Kongres Rakyat Kebangsaan China dan badan- badan lain akan diberi bantuan dalam bidang undang-undang ekonomi, pengurusan pentadbiran, system kehakiman dan lain-lain.
|