Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Ketua Pengarah Biro Pentadbiran Penerbangan Angkasa Lepas Negara China Encik Sun Laiyan semalam memaklumkan bahawa China mulai melaksanakan rancangan penyelidikan bulan dan memperuntukan kira-kira 1.4 bilion yuan Renminbi kepada projek peringkat pertama rancangan itu.
Sun Laiyan berkata bahawa rancangan pengesan dan penyelidikan bulan China dibagikan kepada tiga peringkat iaitu lingkaran, mendarat dan pulang kembali, projek 3 peringkat tersebut tidak membawa angkasawan . Matlamat projek peringkat pertama yang dilaksanakan sekarang ialah melepaskan satu satelit bersekisar berterbang mengelilingi bulan sebelum tahun 2007 untuk mengambil foto 3 dimensi pada permukaan bulan dan mengnalisis unsur-unsur di permukaan bulan.
|