Menurut Agensi Berita Xinhua, Pejabat Dewan Negara China baru-baru ini telah mengeluarkan pemberitahuan tentang beberapa tindakan untuk memangkin perkembangan penternakan ayam.
Tindakan itu termasuk: memberi subsidi terhadap tindakan membunuh ayam-itik serta tindakan kuarantin di kawasan berkaitan; meningkatkan daya produk vaksin; bebas cukai pendapatan perusahaan penternakan dan pempresesannya; menjalankan kuarantin secara menyeluruh di ladang penternakan dan kerajaan memberi subsidi dan memelihara daya pengeluaran ayam-itik.
Dalam pemberitahuan itu dinyatakan bahawa pelbagai tempat di China harus menjamin penternak mendapat keistimewaan dasar, dan memberi jaminan kehidupan kepada pekerja perusahaan penternakan dan pemprosesan.
|