Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-17 14:41:17    
Pemulihan di Komuniti—Cara Pendidikan Baru China terhadap Pesalah di Kawasan Komuniti

CRI
Sejak tahun 2003, kerajaan China mula melaksanakan sistem menjalani hukuman baru yang disebut "Pemulihan Komuniti", dan sudah dilaksanakan sebagai percubaan di 7 provinsi dan bandar raya termasuk Beijing dan Shanghai. Apa maksudnya "Pemulihan di Komuniti"?

Pegawai Bahagian Kehakiman Daerah Fangshan, Bandar Beijing, Encik Sun Xinjun memaklumkan kepada wartawan CRI, "Ia bermakna aktiviti menjalani hukuman dan pemulihan yang dijalankan oleh pertubuhan "Pemulihan di Komuniti" terhadap pesalah yang tidak dipenjarakan yang dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. Pendek kata, mengadakan penyeliaan, pengurusan, pendidikan dan pembantuan di komuniti terhadap 5 kategori orang salah termasuk: penjenayah yang menjalani penangguhan hukuman, penahanan, pelepasan dengan syarat, menjalani hukuman di luar penjara, serta yang terus kehilangan hak politik setelah selesai dijalani hukumannya".

Encik Ren Bo yang berumur lebih 30 tahun dijatuhkan hukuman penjara kerana pernah melakukan jenayah yang menyebabkan kemalangan besar. Sewaktu cuti panjang Hari Kebangsaan China pada tahun 2003, Encik Ren Bo tidak menjalani hukuman dalam penjara seperti tahun yang berlalu, dia pulang ke rumahnya dan tinggal bersama-sama keluarganya dan menjalani "Pemulihan di Komuniti". Ketika diwawancara oleh wartawan CRI, Encik Ren Bo berkata, "Setelah dasar 'Pemulihan Komuniti' dilaksanakan, kami boleh menjalani hukuman di luar penjara, pesalah boleh terus bekerja, anak saya boleh terus bersekolah, berbanding dengan menjalani hukuman di penjara, ia berbeza. Jika di penjara, ibubapa tidak dapat melihat anak dan isteri tidak dapat melihat suami".

Pada masa ini, Encik Ren Bo menikmati kehidupan yang normal di komuniti sendiri, tinggal serta makan di rumah sendiri dan tetap bekerja setiap hari. Berbeza dengan orang biasa, dia diselia oleh seorang pegawai kehakiman setiap hari. Isteri Ren Bo berkata kepada wartawan CRI, dia amat menyokong tindakan baru "Pemulihan di Komuniti", kerana ia mementingkan perasaan manusia, dengan jelas mengemukakan selain dari menghukum pesalah, matlamat undang-undang jenayah adalah untuk memulihkan dan mendidik pesalah. Ketika memperkatakan keadaan suaminya, beliau berkata, "Pada masa ini, suami saya bersikap optimis dan bekerja dengan bersungguh-sungguh".

Dalam sejarah sistem pelaksanaan hukuman jenayah China, "Pemulihan di Komuniti" merupakan pembaharuan yang penting yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. Pegawai Bahagian Kehakiman Daerah Fangshan, Bandar Beijing, Encik Sun Xinjun memaklumkan kepada wartawan CRI, "Kami menubuhkan satu Jabatan Khas yang pegawainya terdiri daripada pegawai Mahkamah, Jabatan Peguam dan Biro Kehakiman untuk mengadakan kajian terhadap beberapa sistem dan pengalaman negara asing yang maju, dan menggubal beberapa sistem serta peraturan kerja yang bercirikan sendiri."

Mengadakan pengurusan terhadap pesalah di luar penjara, tidak syak lagi merupakan satu cabaran baru terhadap bahagian kehakiman dan komuniti. Bolehkah mereka menangani cabaran tersebut? Ketua Jabatan Kehakiman Pekan Zhoukoudian, Daerah Fangshan, Bandar Beijing Encik Wang Daokuan memaklumkan, "Tentulah boleh, sekarang jabatan kami mempunyai 5 kakitangan yang semuanya telah mengikuti latihan peringkat bandar dan peringkat daerah dan sudah lulus ujian, kami berkeupayaan menangani pesalah yang menjalani proses 'Pemulihan di Komuniti'".

Setelah dilaksanakan selama suatu tempoh masa, apakah hasil yang telah dicapai dalam "Pemulihan di Komuniti" ? Encik Ren Bo berkata, "Sekarang saya menjalani program "Pemulihan di Komuniti", saya tidak akan menyusahkan masyarakat dan saya akan berusaha supaya dapat membetulkan kesalahan dahulu".

Encik Zhang Dayuan, jiran Encik Renbo, amat menyokong program "Pemulihan di Komuniti" dan berkata kepada wartawan CRI, "Saya berpendapat setelah pesalah dibebaskan dalam komuniti, jabatan kerajaan harus mengeratkan hubungan dengan mereka agar dapat benar-benar mencapai matlamat "Pemulihan di Komuniti". Kami selalu membantu mereka, tindakan ini lebih baik daripada memenjarakan mereka".

Terdapat ramai pesalah seperti Encik Ren Bo yang sedang menjalani "Pemulihan di Komuniti", semoga mereka yang di bawah bantuan keluarga dan masyarakat, membetulkan kesalahan dan memulakan semula kehidupan yang betul.

----Azmi