Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-17 14:47:06    
Semakin Ramai Orang Belajar Bahasa Mandarin di Seluruh Dunia

CRI
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, seiring dengan China menjadi semakin makmur dan kaya seperti mencapai kemenangan dalam penganjuran Sukan Olimpik Tahun 2008, menganggotai WTO dan lain-lain, China semakin meningkatkan pengaruhnya dalam arena antarabangsa. Berdasarkan latar belakang tersebut, bahasa Mandarin menjadi semakin penting di dunia dan terdapat semakin ramai orang asing belajar bahasa Mandarin.

Ujian "TOEFL" bahasa Mandarin merupakan ujian peringkat negara yang dilaksanakan untuk menilai taraf penguasaan bahasa Mandarin pelajar yang bukan bahasa ibundanya bahasa Mandarin. Pada tahun 1992, iaitu sewaktu ujian tersebut baru dilaksanakan, hanya terdapat lebih kurang 200 pelajar menyertai ujian itu, manakala pada tahun 2002, jumlah peserta ujian itu mencatat lebih 140 ribu orang dan tempat menyelenggarakan ujian tersebut juga terdapat di 26 negara dan kawasan di seluruh dunia.

Antara orang asing yang belajar bahasa Mandarin, yang paling ramai datang dari negara jiran China termasuk Republik Korea, Jepun dan Vietnam. Encik Vu Minh Tuan, pegawai Kementerian Pendidikan dan Latihan Vietnam menjelaskan bahawa ramai pemuda Vietanm suka belajar bahasa Mandarin. Beliau berkata, "Pada masa ini, pelajar Vietnam sangat suka belajar bahasa Mandarin. Selain di universiti, terdapat banyak Pusat Bahasa Mandarin menyediakan kursus bahasa Mandarin, dan ramai pelajar belajar bahasa Mandarin pada masa lapang".

Serentak itu, di Eropah, Amerika Latin bahkan Afrika, orang yang belajar bahasa Mandarin bertambah semakin ramai. Cik Marina Stroueva, mahasiswa dari Rusia berkata kepada wartawan CRI, pada suatu hari, beliau berjumpa seorang pemuda A.S yang mengunjungi universitinya di Moscow, sewaktu mereka berkomunikasi, yang ditutur oleh mereka ialah bahasa Mandarin, bukan bahasa Rusia, atau bahasa Inggeris. Beliau berkata, "Terdapat banyak cerita seperti kami dalam kehidupan. Bahasa Mandarin sedang beransur-ansur menjadi popular, ia boleh menghubung orang Rusia dengan orang A.S, malah juga boleh menghubung orang dari negara lain. Pada masa ini, bahasa Mandarin merupakan bahasa antarabangsa".

Pada masa dahulu, orang asing belajar bahasa Mandarin, tujuannya adalah untuk mengetahui China kerana berminat terhadap kebudayaannya, tetapi sekarang, ramai orang belajar bahasa Mandarin, tujuannya adalah untuk mencari rezeki".

Untuk mempopularkan pengajaran bahasa Mandarin di seluruh dunia, kerajaan China khususnya menubuhkan Jabatan Pengajaran Bahasa Mandarin untuk orang asing. Puan Yan Meihua, pegawai kanan di Jabatan tersebut menjelaskan bahawa pada masa ini sesuai dengan globalisasi ekonomi, mempopularkan pengajaran bahasa Mandarin akan menggalakkan komunikasi antara China dengan negara lain. Beliau berkata, "China meningkatkan pertukaran dengan dunia, dan dunia juga meningkatkan perhatian dan minatnya terhadap China. Bahasa merupakan jambatan dalam komunikasi dan pertukaran antarabangsa, kami berharap melalui usaha kami, menjadikan semakin ramai orang asing boleh bertutur bahasa Mandarin supaya bahasa Mandarin semakin popular di dunia".

Sewaktu mengadakan wawancara di Universiti Perguruan Beijing, wartawan CRI berjumpa Connor Walsh, seorang pemuda yang baru datang dari Britain. Beliau berkata, bahasa Mandarin Beijing yang dituturnya diajari di Universiti London, "Sewaktu mula belajar bahasa mandarin di Universiti London, pada bulan pertama, saya hanya belajar sebutan dan intonasi dan tidak belajar satu pun kata, walaupun pelajaran seperti agak berlahan, tetapi saya boleh agak baik menguasai intonasi".

----AZMI