|
Ahli ekonomi pertama American Express, John Calverley semalam menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi China yang pesat akan memberi manfaat kepada negara-negara Asia, pemulihan ekonomi negara-negara Asia setelah dilanda wabak SARS akan diteruskan pada tahun ini.
Beliau berkata, beberapa negara Asia termasuk Singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia akan mencapai pertumbuhan ekonomi yang agak tinggi pada tahun ini. Kadar pertumbuhan ekonomi Singapura dijangka akan mencapai 5.2%.
Di samping itu, beliau berpendapat bahawa wabak selesema burung tidak akan menjejaskan ekonomi Asia.
|