|
Menurut berita CRI, pegawai kerajaan Indonesia hari ini di Jakarta menyatakan, sebahagian kawasan di Pulau Sumatera Indonesia malam semalam mengalami gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter, sekarang terdapat 5 orang maut dan beberapa orang cedera.
Pegawai itu berkata, pekan Padang Panjang pada pukul 10 malam semalam mengalami gempa bumi, sebanyak lebih 60 rumah runtuh. Setakat hari ini, lalu lintas sudah dipulihkan, kebanyakan pusat membeli-belah telah dibuka.
|