Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-17 19:10:46    
Singapura dan Panama Adakan Rundingan Perjanjian Dagangan Bebas Dua Hala

CRI
Menurut berita CRI, Singapura dan Panama hari ini mengemukakan pengumuman bersama bahawa kedua-dua pihak akan mengadakan rundingan tentang perjanjian perdagangan bebas dua hala dan rundingan tersebut dijangka akan selesai dalam tempoh setahun.

Naib Presiden Panama Arturo Vallarino dan Menteri Industri dan Perdagangan Joaquin E. Jacome Diez yang sedang melawat Singapura hari ini telah mengadakan rundingan dengan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura George Yeo, Kedua-dua pihak telah mengemukakan kenyataan bersama selepas rundingan tersebut.

Setakat ini, Singapura telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas dua hala dengan New Zealand, Jepun, Australia dan AS, rundingan tentang perjanjian tersebut dengan Mexico, Kanada, Republik Korea, India dan Jordan sedang diadakan.