Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-18 13:12:44    
Tindakan Baru Dilaksanakan di China untuk Memberi Perkhidmatan yang Lebih Baik kepada Para Penduduk

Agensi Berita Xinhua China

Kementerian Keselamatan Awam China mengeluarkan 30 tindakan dalam 4 bidang termasuk daftar penduduk, lalu lintas, keluar masuk negara dan pengurusan tugas bomba untuk memberi perkhidmatan yang lebih sempurna kepada penduduk. Tindakan mereka tersebut mendapat sambutan masyarakat.

Untuk melaksanakan undang-undang bagi kepentingan rakyat, badan keselamatan awam di pelbagai tempat mengeluarkan beberapa siri tindakan pembaharuan berdasarkan keadaan setempat. Misalnya di bandar Guangzhou, kad pengenalan baru boleh dimohon untuk diuruskan dengan segera setelah kad yang lama terhilang; manakala di bandar Zhengzhou, "Laman web menguruskan kereta" pertama untuk menguruskan prosedur pendaftaran kereta telah disediakan oleh Jabatan Pengurusan Kereta Biro Keselamatan Awam. Tindakan-tindakan tersebut mencerminkan perhatian badan keselamatan awam terhadap penduduk.

Naib Menteri Keselamatan Awam China Encik Bai Jingfu menyatakan, "Kepentingan penduduk harus diutamakan. Badan keselamatan awam berkewajipan untuk menyediakan kemudahan untuk menyelesaikan masalah penduduk."

Pada masa dahulu, masalah-masalah seperti cara menguruskan kes tidak berdasarkan peratura yang betul, menjalankan penyiasatan tanpa kebenaran, menyalahgunakan tindakan paksa, menjatuhkan hukuman dengan melangkahi pimpinan atasnya dan menjalankan tugas dengan cara yang tidak bersesuaian dengan prosedur kerja tetap wujud dalam tugas badan keselamatan awam di beberapa tempat. Tindakan yang salah tersebut menjejaskan hak dan kepentingan yang sah penduduk. Ini memerlukan pembaharuan dan harus dilaksanakan dalam badan keselamatan awam agar benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat.

Sehubungan dengan itu, peraturan prosedur pengurusan kes pentadbiran badan keselamatan awam telah dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Awam China, melarang dengan keras memaksa secara seksa orang mengaku bersalah, bukti yang didapati melalui tindakan mengancam, memikat dan menipu tidak dibenarkan, masa menyoalsiasat suspek tidak boleh melebihi 12 jam dan lain-lain. Khususnya dalam peraturan itu dijelaskan hak orang yang disiasat harus dihormati. Ini merupakan kali pertama badan keselamatan awam China mengemukakan tuntutan menghormati hak orang yang disiasat dalam prosedur pelaksanaan undang-undang.

Tindakan dan peraturan tersebut mencerminkan cara pelaksanaan tugas badan keselamatan awam China berubah daripada " kawalan" kepada " pengurusan secara memberi perkhidmatan kepada penduduk".

Berdasarkan prinsip memudahkan orang ramai, menyediakan perkhidmatan kepada seluruh masyarakat, tugas berkaitan keselamatan awam akan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Dengan demikian, imej badan keselamatan awam di kalangan masyarakat awam akan berubah, mereka juga akan menyediakan perkhidmatan yang lebih banyak dan lebih sempurna kepada rakyat.

----Ching