Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-18 13:18:28    
Buruh Tani di Bandar China Mula Menubuhkan Dewan Kesatuan Sekerja Buruh Tani Sendiri

Agensi Berita Xinhua China
Encik Peng Jian, petani kaunti Xiangtan di Provinsi Hunan di bahagian selatan China telah bekerja sebagai buruh di sektor pembinaan bangunan di bandar Xiangtan Provinsi itu selama 7 tahun. Pada hari pertama tahun baru ini, beliau buat kali pertama melaksanakan hak mengundi untuk memilih ahli Dewan Kesatuan Sekerja Buruh Tani di bandar tersebut. Pada 31 Disember tahun 2003, seramai lebih empat ribu buruh tani di bandar Xiangtan Provinsi Hunan memilih 50 orang wakil untuk memilih ahli Dewan Kesatuan Sekerja Buruh Tani secara membuang undi tanpa penandatanganan nama. Antara 15 orang ahli Dewan Kesatuan Sekerja Buruh Tani yang dipilih itu, 13 orang merupakan buruh tani yang bekerja di sektor pembinaan bangunan.

Seramai 900 juta orang antara 1.3 bilion penduduk China adalah petani. Lebihan tenaga manusia di desa yang banyak menyebabkan sejumlah besar petani bekerja di bandar sejak tahun 1980-an. Di Provinsi Hunan sahaja, terdapat seramai lebih 1.2 juta petani bekerja di tempat lain pada tahun 2003, manakala, angka itu melebihi 100 juta orang di seluruh negara.

Naib Pengerusi Dewan Kesatuan Sekerja Bandar Xiangtan, Puan Liu Xiaoxia memberitahu wartawan, "kebanyakan buruh tani bertugas di perusahaan swasta di bandar. Pendapatan mereka merupakan sumber kehidupan utama mereka. Mereka diangkap sebagai kumpulan buruh baru." Menurut maklumat, di beberapa provinsi yang mengutamakan pertanian di China seperti Provinsi Hunan, lebih 70% pendapatan tambahan petani diperolehi melalui kerja yang mereka lakukan di bandar, pendapatan yang diperolehi di bandar merupakan pendapatan untuk sara hidupan utama separuh keluarga petani di provinsi tersebut.

Akan tetapi, majikan sentiasa menunda masa untuk membayar gaji para buruh tani tersebut, disebabkan tidak terdapat badan tertentu untuk menguruskan kes kemalangan dan menjaga kebajikan para buruh tani itu, kesemuanya ini menyebabkan mereka menjadi kumpulan yang lemah di bandar sehingga pendapatan dan keselamatan nyawa mereka menjadi faktor utama yang menjejaskan kestabilan masyarakat di bandar dan desa.

Pada separuh tahun kedua tahun 2003, beberapa Kesatuan Sekerja Buruh Tani yang kecil ditubuhkan di Provinsi Heilongjiang dan Henan untuk memelihara hak dan kepentingan yang sah buruh tani. Manakala, Dewan Kesatuan Sekerja Bandar Xiangtan mencadangkan mereka untuk menubuhkan Kesatuan Sekerja Buruh Tani di kalangan pekerja sektor pembinaan yang jumlah buruhnya ramai untuk menjamin kebajikan para buruh tani itu yang sering mengalami tekanan hidup di bandar. Sepucuk surat terbuka yang menjelaskan pentingnya penubuhan Dewan Kesatuan Sekerja Buruh Tani dan tanggungjawabnya menjaga kebajikan dan hak para buruh itu yang disediakan oleh Dewan Kesatuan Sekerja dicetak lebih 100 salinan, dihantar dan ditempel di pelbagai tempat di kawasan pembinaan bangunan mendapat reaksi positif di kalangan lebih empat ribu buruh tani. Encik Peng Jian memberitahu wartawan, "Pada masa dahulu, kami berasa bertuah jika mendapat wang gaji dan tidak mengalami kemalangan. Pada masa ini, kami baru menyerdari, kami boleh memelihara hak kami melalui Dewan Kesatuan Sekerja Buruh Tani seumpama buruh yang berasal dari bandar."

Pengerusi Dewan Kesatuan Sekerja Buruh Tani yang baru dipilih Encik Wen Ditao menyatakan, "Dewan Kesatuan Sekerja Buruh Tani bukan sahaja akan memastikan syarikat-syarikat berkaitan membayar wang gaji yang cukup menurut jadual kepada buruh tani, meningkatkan tahap keselamatan, memperbaiki syarat kehidupan mereka, tetapi juga akan meningkatkan pengurusan demokratik pekerja, mengemukakan cadangan yang rasional, menyediakan peluang pendidikan dan latihan dan melaksanakan aktiviti kebudayaan dan sukan di kalangan buruh tani."

----Ching