Vietnam pada asalnya merupakan negara yang mengutamakan pertanian. Seiring dengan dasar pembaharuan dan buka pintu diamalkan sejak tahun 1990-an, ekonominya bertumbuh pesat, perdagangan dan rindustri berkembang secara berterusan. Khususnya dalam tahun-tahun kebelakangan ini, industri pelancongannya mulai berkembang.
Vietnam mempunyai sumber pelancongan yang kaya di Asia tenggara, garis pantai sepanjang 3260 kilometer merupakan sumber pelancongan yang paling kaya dan menjadi destinasi pelancongan yang menarik perhatian pelancong yang suka laut di kawasan tropika.
Halongbay yang hanya berjarak lebih kurang 100 Km dari Hanoi sudah menjadi destinasi pelancongan yang terkenal dan disenaraikan dalam warisan alam dunia UNESCO pada tahun 1994. Terdapat lebih 1000 pulau di Halongbay, pelancong China sangat minat pemandangan di sana dan memanggil Halongbay sebagai "Guilin di Laut".(Guilin ialah satu destinasi pelancongan yang sangat terkenal di China"). Kemudahan pelancongan di Halongbay sudah lengkap, hotel yang mewah, lapangan terbang helikopter, taman burung laut dan lain-lain sedang dibina.
Selain pemandangan laut, kawasan dataran tinggi di bahagian tengah dan selatan Vietnam juga mempunyai pemandangan alam yang istimewa. Da Lat dipanggil "ibu negara musim bunga", suhu purata tahunan hanya pada 18° Selsius sahaja, pada musim panas, suhu yang paling tinggi juga tidak melebihi pada 31°Selsius, Sepanjang tahun seperti musim bunga. Dengan iklim yang begitu baik, bunga di Da Lat berkembang sepanjang tahun. Sekarang, terdapat lebih sejuta pelancong melawat Da Lat dalam setahun.
Mungkin terdapat sebahagian pelancong dari Eropah, AS atau China berpendapat Vietnam masih kurang selamat dan mereka akan menghadapi pelbagai kesulitan dalam perjalanannya. Tetapi sebenarnya bukan begitu.
Lalu lintas di Vietnam sangat mudah. Jaringan lebuh raya, landasan kereta api dan penerbangan awam sudah meliputi seluruh wilayahnya. Antara bandaraya terdapat lebuh raya ekspres, pelancong boleh memandu sendiri sampai ke destinasi.
Di kawasan utara Vietnam, wang RMB boleh terus laku, di bandar yang lain termasuk Hanoi dan Ho Chi Minh, walaupun tidak boleh terus menggunakan RMB, tetapi RMB boleh ditukar di mana-mana hotel bertaraf tinggi, ini sangat memudahkan pelancong dari China.
Di Vietnam, bahasa Inggeris sangat popular, pemandu taksi pun boleh bertutur bahasa Inggeris.
Modal merupakan salah satu prasyarat yang penting untuk mengembangkan industri pelancongan, pelaburan terhadap kawasan pelancongan Vietnam terutamanya dari 3 sumber.
Pertama ialah pelaburan dari kerajaan, jumlah pelaburannya biasanya sangat besar, terutamanya untuk infrastruktur termasuk lapangan terbang dan jalan raya.
Sumber kedua ialah pelaburan dari kalangan rakyat. Terdapat banyak perusahaan swasta Vietnam yang kaya sudah mulai melabur dalam industri pelancongan. Dalam penerokaan Pulau Tuan Chau di Halongbay, hanya satu syarikat sudah melabur ialah 50 juta Dolar Amerika dan akan menyediakan pelaburan selanjutnya.
Sumber ketiga ialah pelaburan asing. Menurut statisik pihak rasmi Vietnam, dari Januari hingga November tahun 2003, jumlah projek pelaburan dari China di Vietnam bertambah 48, jumlah pelaburan mencapai lebih 115 juta Dolar Amerika, adalah dua kali ganda daripada tahun sebelum itu. Menurut statistik dari Jabatan Pentadbiran Pelancongan Hanoi, dalam 17 hotel yang di bawah pentadbirannya, terdapat banyak hotel jumlah pelaburannya melebihi 50 juta Dolar Amerika, banyak hotel adalah dilabur oleh usahawan dari Jepun dan Republik Korea. Di Vietnam, makanan China sangat popular, Vietnam berharap bekerjasama dengan resotran China yang terkenal.
Untuk mengembangkan pelancongan antarabangsa, Vietnam sudah memeterai perjanjian kerjasama pelancongan dengan Laos, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, Myanmar, China, Singapura dan lain-lain. Pertubuhan Pelancongan Sedunia juga berjanji akan membantu Vietnam melaksanakan rancangan menyeluruh pengembangan industri pelancongan dan membantu Vietnam melatih tenaga profesional pelancongan dengan sumbangan Program Pembangunan dan Perancangan PBB. Untuk dengan penuh meneroka sumber pelancongan, mengembangkan industri pelancongan secara berterusan, Vietnam sedang secara besar-besaran menyusun semula pentadbiran pelancongan. Kerajaan Vietnam berancang menubuhkan 60 pusat pelancongan di 3 kawasan pelancongan, di samping itu menarik pelaburan asing di dalam dan luar negara serta meningkatkan latihan tenaga profesional.
Industri pelancongan Vietnam berkembang pesat disebabkan kerajaan Vietnam sangat mementingkan sektor tersebut. Kerajaan Vietnam sudah menubuhkan satu Jawatankuasa Pembangunan Industri Pelancongan yang disertai oleh badan lalu lintas, penerbangan awam, pemberitaan, keselamatan awam, diplomatik dan jabatan pentadbiran pelancongan am. Ini telah menetapkan kedudukan yang penting industri pelancongan dalam kerja kerajaan. Dana dari jawatankuasa itu untuk promosi dan pembinaan infrastruktur industri pelancongan meningkat setiap tahun.
Kerajaan Vietnam juga telah menganjurkan kegiatan mesra dan ramah dengan pelancong di kalangan rakyat biasa, agar Vietnam menjadi destinasi pelancongan yang lebih muhibah dan selamat.
Kerajaan Vietnam juga telah menganjurkan projek imej pelancongan yang bertema "Vietnam-alaf baru, destinasi pelancongan yang baru." Projek tersebut sudah mencapai hasil yang baik.
----Andika
|