Menurut Agensi Berita Xinhua, Perdana Menteri Thailand, Thaksin semalam berkata bahawa Thailand akan membina kemudahan pemisah di sempadan selatan negara itu dengan Malaysia supaya mengelakkan anggota bersenjata anti kerajaan di sana melarikan diri setelah melakukan serangan terhadap tentera.
Thaksin berkata, tentera Thailand akan membina "tembok pemisah" di kawasan sempadan di mana anggota bersenjata sering melarikan diri, tetapi bukan di seluruh sempadan Thailand-Malaysia yang sepanjang 600 kilometer.
Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Mohd Shafie menyokong rancangan Thailand tersebut dan berpendapat bahawa tindakan ini akan berfaedah bagi kedua-dua negara itu memerangi tindakan penyeludupan dan jenayah yang lain.
|