Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-18 19:53:59    
Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Malaysia Meletakkan Jawatan

CRI
Wartawan CRI melaporkan, Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi hari ini membenarkan bahawa beliau sudah bersetuju Tan Sri Kasitah Gaddam meletakkan jawatan sebagai Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Malaysia. Kasitah merupakan menteri kabinet pertama yang terlibat dalam masalah rasuah sejak Abdullah Ahmad Badawi menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia pada Oktober tahun lalu.

Dimaklumkan bahawa Kasitah dituduh kerana terbabit dalam urus niaga saham yang bernilai beberapa juta dolar Amerika yang haram, tetapi beliau menafikan bersalah. Kasitah kini dibebaskan dengan ikat jamin dan telah menyerahkan surat letak jawatan kepada Perdana Menteri semalam.