Menurut berita CRI, China akan terus mempromosikan insurans perawatan pada tahun ini supaya jumlah orang yang menyertai insurans itu meningkat satu kali ganda berbanding tahun lalu.
Kementerian Perburuhan dan Jaminan Sosial China mengumumkan bahawa China akan terus mempromosikan insurans perawatan dalam kalangan pekerja di perusahaan swasta dan menyelesaikan masalah insurans pekerja di perusahaan milik negara dan pesara.
Selain itu, China juga akan menyempurnakan dan meningkatkan pentadbiran insurans perawatan, mempercepat penubuhan sistem penyeliaan, amaran dan penilaian insurans perawatan.
|