Menurut berita CRI, jurucakap Bank Rakyat China semalam dalam wawancaranya menyatakan, baru-baru ini, terdapat media massa melaporkan "sudah sampai masanya kenaikan nilai RMB 5%", dan "kalau bank pusat China memutuskan mengatur semula kadar pertukaran RMB, bulan depan mungkin akan masuk peringkat hakiki", laporan tersebut sama sekali tidak beralasan.
Jurucakap tersebut berkata, China mengamalkan sistem kadar tukaran turun naik yang berdasarkan penawaran dan permintaan pasaran yang dikawal dan sistem tersebut tidak berubah setakat ini. Sistem kadar pertukaran tersebut adalah bersesuaian dengan peringkat pertumbuhan ekonomi, taraf penyeliaan kewangan dan keupayaan perusahaan. Dengan sistem kadar tukaran tersebut, kadar tukaran RMB yang stabil telah berjaya mengatasi krisis kewangan Asia dan ekonomi China bertumbuh dengan pesat dan sihat.
Jurucakap itu menyatakan, China akan menyempurnakan mekanisme penetapan kadar tukaran RMB dan meningkatkan fungsi penyelarasan kadar pertukaran terhadap ekonomi dengan prasyarat kadar tukaran RMB yang stabil.
|