Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-21 18:26:19    
Lin Jiancheng, Pemain Badminton yang Terkenal di China

CRI
Kalau anda berminat tentang badminton, pasti mengetahui dalam Sukan yang diadakan di Jakarta pada tahun 1963, pasukan badminton kebangsaan China buat kali pertama memenangi pasukan Indonesia, johan dunia, dan dengan 34:0 mengalahkan pasukan Eropah utara, ini sangat mengkagumkan. Lin Jiancheng ialah seorang pemain pasukan kebangsaan China semasa itu.

Lin Jiancheng ialah perantau Cina yang balik dari Indonesia pada tahun 1953, pada tahun 1963, beliau dan rakannya Wu Junsheng menjadi pemain badminton beregu lelaki yang pertama di China untuk bertanding dengan Yang Jinmei dan Chen Jingyuan dari Indonesia, iaitu johan pemain beregu lelaki dunia. Lin Jiancheng dan rakannya dua kali memenangi johan dunia, ini sangat mengkagumkan arena badminton lelaki dunia. Semasa menyentuh tentang sejarah itu,

Lin Jiancheng berkata: "Perantau Cina yang balik dari Indonesia menegakkan banyak jasa dalam perkembangan badminton di China, semasa itu, hampir semua pemain badminton China ialah perantau Cina dari Indonesia.".

Pada tahun 1972, Lin Jiancheng menyandang jawatan sebagai jurulatih pasukan Provinsi Fujian. Tetapi seorang pemain yang hebat tidak semestinya boleh menjadi seorang jurulatih yang hebat. Lin Jiancheng dengan usaha yang tak kendur-kendurnya akhirnya mencapai kejayaan. Ramai pemain hebat termasuk Lin Ying, Wu Dixi, Shi Wen, Chen Ruizhen, Wu Yuhong dan pemain yang lain-lain dengan panduannya telah menjadi bintang sukan badminton dunia.

Beliau berkata: "Pasukan badminton Provinsi Fujian merupakan pasukan badminton yang pertama di China, oleh sebab kerajaan sangat mementingkan sukan badminton, taraf pasukan badminton Provinsi Fujian ditingkatkan dengan pesat, khususnya taraf ilmunya sangat maju."

Lin Jiancheng merupakan seorang yang bersikap terus-terang dan gigih bekerja.

Pada tahun 1974, Lin Jiancheng menyandang jawatan sebagai jurulatih pasukan badminton wanita Provinsi Fujian. Pasukan badminton wanita Fujian tidak begitu handal pada waktu itu di China. Lin Jiancheng berazam untuk memimpin pasukan wanita badminton Fujian mencapai kejayaan yang cemerlang. Melalui latihan selama beberapa tahun, pasukannya buat kali pertama memperoleh johan China pada tahun 1982, dan menggondol johan kali kedua pada tahun 1987. Selama hampir 20 tahun Lin Jiancheng menyandang jawatan sebagai jurulatih pasukan badminton wanita, Lin Jiancheng telah menyimpulkan banyak pengalaman dan mendapatkan cara latihan sendiri, termasuk menuntut pemainnya menulis catatan harian. Cara yang istimewanya sangat berjaya dan taraf pemainnya ditingkatkan dengan cepat.

Beliau berkata: "Pasukan badminton Provinsi Fujian digelar sebagai "Simpanan pemain badminton", pemain badminton hebat yang banyak berasal dari pasukan itu." Ini berkaitan erat dengan jurulatih yang hebat.

Berdasarkan pengalamannya, Lin Jiancheng berpendapat, peningkatan kepercayaan kepada diri sangat penting untuk meningkatkan taraf pemain. Beliau berpendapat, kalau ingin berjaya dalam pertandingan, selain mempunyai teknik yang tinggi, unsur psikologi juga sangat penting kepada pemainnya. Beliau telah menghadiahkan buku psikologi kepada pemain dan menjemput pakar psikologi untuk memberi kuilah kepada pemainya. Semasa menyertai pertandingan, beliau juga membawa pakar psikologi untuk memberi panduan kepada pemainnya pada bila-bila masa. Tindakan ini sangat berkesan,

Pada tahun 1990-an, Lin Jiancheng selain terus menyandang jawatan jurulatih, juga memberi kuliah kepada pasukan lain, dan menyunting buku latihan untuk jurulatih, agar pengalamannya boleh diterima oleh jurulatih generasi yang muda. Menurut hemat Lin Jiancheng, memberi panduan dan bantuan kepada jurulatih yang muda merupakan tanggung jawabnya. Terdapat banyak negara mengundang beliau menyandang jawatan jurulatih, tetapi beliau telah menolak.

Beliau berkata: "Kanada menjemput saya menyandang jawatan jurulatihnya, saya telah menolak, saya warga China dan berazam untuk keperkasaan bangsa."

Sekarang, walaupun Lin Jiancheng sudah bersara, tetapi beliau sangat memerhatikan perkembangan sukan badminton. Beliau menumpukan perhatian atas setiap pertandingan yang disertai oleh pasukan badminton Fujian. Beliau telah mencurahkan usaha seumur hidupnya kepada sukan badminton China.

----Andika