|
Menurut berita CRI, jurucakap usaha pencegahan wabak selesema burung Kementerian Pertanian China, Jia Youling hari ini di Beijing mengumumkan bahawa wabak selesema burung yang dikesan di Kaunti Long'an, Wilayah Automi Etnik Zhuang Guangxi sudah diatasi dan sekatan ke atas kawasan wabak dibatalkan.
Kementerian Pertanian China hari ini menerima laporan dari Guangxi bahawa wabak selesema burung H5N1 dikesan di Kaunti Long'an, Guangxi pada 23 Januari lalu, setelah menjalankan sekatan, pembunuhan dan kuaranti terhadap ayam-itik di kawasan wabak, melalui pemeriksaan badan-badan berkaitan, wabak selesema burung di Long'an sudah diatasi dan sekatannya dibatalkan hari ini.
Kementerian Pertanian menggesa badan kuarantin dan penyeliaan haiwan tempatan terus menjalankan penyeliaan wabak, mengambil tindakan pencegahan untuk mengelakkan wabak selesema burung berulang lagi.
|