|
Menurut berita CRI, Naib Menteri Luar China, Wang Yi telah menemui ketua delegasi Rusia yang menyertai Rundingan 6 Pihak yang baru tentang masalah nuklear Semenanjung Korea, Losyukov di Beijing hari ini. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang rundingan baru itu dan telah mencapai persepakatan yang meluas.
Kedua-dua pihak berpendapat bahawa rundingan baru harus diadakan secara fleksibol dan tulus ikhlas dan terutamanya menetapkan matlamat dan rangka untuk menyelesaikan masalah.
Difahamkan, Wang Yi juga akan mengadakan perbincangan secara perasingan dengan pihak A.S., Korea Utara, Korea Selatan dan Jepun sebelum rundingan baru tersebut.
|