Sejak tahun 1998, universiti di China mula meningkatkan penerimaan mahasiswa. Tahun ini, jumlah siswazah universiti akan mencipta rekod tertinggi iaitu lebih 2 juta orang. Pada masa dahulu, siswazah universiti di China tidak bimbang tidak mendapat kerja, kerana kerajaan China membantu mereka mencari kerja, dan menyediakan peluang kerja kepada siswazah universiti yang gagal mendapat kerja. Tetapi pada masa ini, keadaan sudah berubah. Siswazah universiti akan terus memasuki pasaran tenaga manusia, dan mereka dgn unit kerja saling memilih. Mamandangkan siswazah universiti setiap tahun terlalu ramai sedangkan penawaran kerja terhad, mahasiswa China mula mengalami pelbagai perubahan pandangan terutama yang berkaitan bidang pekerjaan. Universiti Haidian yang terletak di bahagian barat laut bandar Beijing adalah salah satu universiti swasta yang pertama yang mendapat bantuan kerajaan dan ijazahnya diperakui oleh kerajaan China. Nisbah siswazah universiti tersebut yang mendapat pekerjaan sentiasa agak tinggi. Encik Liu Lin—Naib Canselor Universiti itu berkata kepada wartawan bahawa untuk membantu para siswazah mencari kerja, pihak universitinya telah mengambil pelbagai tindakan. Beliau berkata, "Kami membantu para siswazah dalam seluruh proses mencari kerja, serentak itu, mendapatkan maklumat tentang unit kerja dan pasaran tenaga manusia dan memaklumkan kpd para mahasiswa. Kami juga mengundang tokoh yang berjaya dalam masyarakat dan badan khidmat kaunseling professional dalam bidang pekerjaan datang ke universiti untuk mengadakan seminar dan latihan kepada para mahasiswa".
Zhang Ge, seorang mahasiswa yang belajar di salah sebuah universiti di Beijing yang sudah menamatkan pelajarannya pada Jun tahun 2003, sekarang sudah mendapat kerja sebagai editor seni lukis di badan penerbitan majalah. Beliau berkata, proses mencari kerjanya tidak lancar dan setiap pengalaman kegagalan telah mengubah pandangan pekerjaannya. Beliau berkata, "Pertama, harus menimbangkan masa depan jurusan itu; kedua, harus menimbangkan masa depan unit kerja dan ketiga harus menimbangkan masa depan diri sendiri di tempat kerja itu."
Ketika membicarakan perubahan pandangan para siswazah universiti pada masa ini, Encik Liu Lin yang pernah beberapa tahun bekerja dalam urusan membantu siswazah mencari kerja berkata, "Perubahan pertama ialah pandangan terhadap diri sendiri, ramai siswazah sudah menyedari bahawa mereka hanya pekerja dalam masyarakat; kedua, ramai mahasiswa sudah menyedari kesulitan mencari kerja, dan mempunyai pandangan baru berkaitan bidang pekerjaan, tidak menganggap satu jawatan kerja sebagai jawatan kerja seumur hidup dan perubahan ketiga ialah mereka lebih mementingkan keselamatan dalam pekerjaan sendiri".
Encik Xue Zhiwei selepas menamatkan pengajian lepasan ijazah di Universiti Peking, pernah bekerja dalam pelbagai bidang, seperti bekerja di syarikat laman web dan menubuhkan syarikat sendiri. Sekarang beliau selain bekerja sebagai wartawan sambil di syarikat khabar, juga bersama-sama dengan rakannya membuka satu syarikat, dan beliau sendiri mengusahakan bar. Beliau berkata, "Susah sekali kalau mahu mendapat kerja yang diminati sendiri. Mungkin anda suka kerja itu, tetapi bekerja di bidang yang lain. Sekarang saya berpuas hati kerana sudah mendapat kerja yang saya suka, baik di badan surat khabar, maupun kerja yang lain."
----Azmi
|