Jabatan Perikanan Kementerian Pertanian China mengumumkan baru-baru ini, larangan penangkapan ikan dilaksanakan di kawasan aliran Sungai Yangtze China sejak 1 Febuari lalu untuk melindungi sumber ikan di sungai yang paling panjang di China itu. Tempoh larangan penangkapan ikan selama 5 bulan. Pada masa yang sama, anak ikan yang berjumlah lebih beberapa ratus juta ekor akan dimasukkan ke dalam sungai itu. Menurut pegawai Jabatan Perikanan China, kerajaan China akan mengambil tindakan untuk menyelesaikan kesukaran kehidupan para nelayan akibat larangan penangkapan ikan dilaksanakan pada masa itu.
Sumber ikan di Sungai Yangtze China semakin merosot pada tahun-tahun kebelakangan ini kerana terlalu banyak ikan ditangkap. Untuk menyelesaikan masalah itu, larangan penangkapan ikan dilaksanakan di Sungai Yangtze China selama 2 tahun berturut-turut. Tahun 2004 merupakan tahun ketiga. Kali ini, larangan penangkapan ikan dilaksanakan di aliran sungai utama, cawangan aliran utama dan tasik besar di sepanjang sungai itu dengan melibatkan 10 provinsi dan bandar. Tempoh larangan penangkapan ikan akan berbeza di sektor Sungai Yangtze yang berbeza, larangan penangkapan ikan dilaksanakan di sektor hulur sungai daripada bulan Febuari sehingga bulan April; manakala, larangan penangkapan ikan dilaksanakan di sektor tengah membiak pada musim bunga di Sungai Yangtze, sehubungan dengan itu, larangan penangkapan ikan dilaksanakan pada masa itu akan melambatkan trend kemerosotan perikanan di sungai itu.
Pegawai Jabatan Perikanan Kementerian Pertanian China Encik Chen Yide menyatakan, larangan penangkapan ikan di Sungai Yangtze kali ini akan menjejaskan kehidupan seramai lebih 100 ribu nelayan. Beliau menyatakan, kerajaan pelbagai tempat China telah mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah pendapatan nelayan berkurangan akibatnya.
Beliau menyatakan, "Larangan penangkapan ikan di Sungai Yangtze pada musim bunga akan melibatkan 100 ribu kapal ikan dan 100 ribu nelayan. Untuk menyelesaikan kesukaran pengeluaran dan kehidupan mereka, Kementerian Pertanian China dan kerajaan pelbagai provinsi telah menumpukan perhatian. Pelbagai tindakan akan diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Misalnya, nelayan tersebut dimasukan ke dalam sistem jaminan penduduk yang taraf kehidupan yang paling rendah di bandar, kerajaan memberi bantuan kewangan kepada nelayan yang kehidupan mereka menghadapi kesukaran dan menyediakan peluang kerja kepada sejumlah nelayan."
Untuk mendapat sokongan para nelayan terhadap larangan penangkapan ikan, badan perikanan di pelbagai tempat di sepanjang Sungai Yangtze juga akan menghantar kumpulan kerja untuk memperkenalkan pentingnya larangan penangkapan ikan dilaksanakan agar para nelayan memahami dan mematuhi peraturan berkaitan.
Pegawai Jabatan Perikanan Kementerian Pertanian China Encik Chen Yide menyatakan, badan berkaitan pelbagai provinsi di sepanjang Sungai Yangtze juga akan memasukkan lebih 10 bilion ekor anak ikan yang pelbagai sepsis ke dalam aliran Sungai Yangtze untuk meningkatkan sumber ikan. Beliau menyatakan, "Spesis anak ikan yang akan dimasukkan termasuk sejenis ikan perlindungan peringkat negara China dan 4 jenis ikan komersial. Kemasukan anak ikan akan dijalankan pada bulan April dan Mei kerana masa itu bersesuaian bagi anak ikan hidup."
----Ching
|