Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-23 13:30:48    
Pandangan Pedagang Asing terhadap Pasaran China

CRI
China mengumumkan baru-baru ini bahawa kadar peningkatan jumlah kontrak yang menarik dan menggunakan pelaburan asing mengekalkan 37% pada bulan Januari hingga November tahun 2003; pertumbuhan import pedagangan luar mencatat 39%, lebih tinggi 6.2% berbanding pertumbuhan eksport.

Angka ini bermakna ekonomi dan perdagangan luar China berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Berdasarkan kelembapan ekonomi sejagat pada masa ini, pertumbuhan ekonomi China diangkap sebagai keajaiban oleh ramai pelabur asing di China, beberapa sahabat asing yang melawat di China juga berpendapat, pasaran China mempunyai daya tarikan.

Pengerusi Persatuan Perusahaan Switzerland yang mengiringi Presdien Persekutuan Switzerland melawat di China semasa mengadakan seminar dengan pegawai Kementerian Perdagangan China baru-baru ini menyatakan: "Peluang yang dihadapi oleh perusahaan Switzerland di China lebih banyak daripada masalah. Kalau tidak, hubungan ekonomi dan perdagangan Switzerland -China tidak mungkin mencapai kemajuan sebesar ini."

Yang menumpukan perhatian terhadap pasaran China bukan hanya usahawan Switzerland sahaja. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, apabila pemimpin pelbagai negara melawat di China, mereka diikuti sejumlah besar usahawan negara itu.

Persiden Ireland Mary Mcaleese melawat China buat kali pertama sejak beliau menyandang jawatan presiden baru-baru ini. Beliau membawa delegasi usahawan yang skop paling besar dalam sejarah Ireland ke China. Menurut beliau, ini menunjukkan minat usahawan Ireland terhadap pasaran China dan hasrat mereka untuk menjalankan hubungan perdagangan dengan China.

Pasaran China menarik perhatian umum kerana suasana pelaburan China semakin diperbaiki. Sejak China menganggotai WTO, kerajaan China menumpukan banyak usaha untuk menunaikan janjinya: tarif perdagangan hasil pertanian diturunkan kepada 16.8%, tarif barang industri diturunkan kepada 10.3%. Kebanyakan barang keluaran teknologi maklumat akan bebas dari tarif sebelum tahun 2005. Serentak itu, China juga menunaikan janji semasa menganggotai WTO dalam sektor perdagangan, kewangan dan telekomunikasi dan menunaikan janji dengan lebih awal dalam beberapa sektor lain.

Semakin ramai pelabur asing mendapati peluang perkembangan yang besar bagi perusahaan mereka di China. Setelah lebih 400 perusahaan daripada 500 perusahaan utama di dunia melabur di China, perusahaan yang terkenal seperti Syarikat Motorola dan Syarikat BMW terus menambah pelaburan di China dan menubuhkan ibu pejabat kawasannya di China.

Naib Pengerusi Dewan Perdagangan China-Australia Edward Smith menyatakan, beliau datang ke China buat kali pertama pada tahun 1990. Dalam lebih 10 tahun yang lalu, beliau sentiasa bekerja dan hidup di China. Beliau menyaksikan "China berkembang dengan pesat", suasana pelaburan terus diperbaiki, pedagang asing berurus niaga di China semakin mudah dilaksanakan.

Beliau menambah, "China akan menganjurkan Sukan Olimpik pada tahun 2008, ini akan menyediakan peluang perdagangan kepada pelabur asing." Pertumbuhan ekonomi China yang pesat bukan sahaja meningkatkan taraf kehidupan penduduk China, tetapi juga menyediakan lebih banyak peluang kepada pelabur asing."

----Ching