Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ekonomi China berkembang secara berterusan dan pesat, kadar pertumbuhan purata tahunan mencapai lebih 70%. Ada tokoh ekonomi terkenal di dunia menyatakan di Beijing baru baru ini, pada masa akan datang, ekonomi China masih mempunyai potensi perkembangan yang agak besar. Perkembangan ekonomi China akan memainkan peranan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dunia.
Menyarakat antarabangsa mempunyai percanggahan pendapat terhadap kejayaan pembangunan China dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ada orang berpendapat, perkembangan ekonomi China akan melahirkan pengaruh yang tidak berfaedah bagi pembangunan ekonomi negara lain dan juga ada orang beranggapan, adalah tidak optimis terhadap jangkaan masa depan perkembangan itu disebabkan masih terdapat banyak masalah dalam perkembangan ekonomi China. Namun, bagaimanapun, ramai tokoh ekonomi berpendapat, ekonomi China akan berkembang dengan baik. Kini, seorang tokoh terkenal dunia yang menyertai forum pembangunan ekonomi China di Beijing menyatakan, masa depan ekonomi China cerah dan akan melahirkan pengaruh yang positif bagi ekonomi bagi ekonomi dunia.
Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan HSBC Holdings yang beribu pejabat di London Encik John Bond memberikan perhatian terhadap Pembangunan ekonomi China. Beliau penuh keyakinan terhadap pembangunan ekonomi China. Beliau berkata: " Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ekonomi China berkembang secara berterusan dan cepat. Ini mengkagumkan banyak negara di dunia. China sedang meningkatkan pembaharuan dan telah mencpai kemajuan yang bertsifat hakiki dalam penyusunan semula struktur dan kemudahan infrastrukturnya. Pendek kata, China akan terus melatakkan asas yang kukuh bagi perkembangan dan kemakmuran dalam jangka panjang.
Encik John Bond yakin, pemimpin kerajan baru China dapat menjamin ekonomi China terus berkembang dengan cepat.
Encik Stephen Roach ialah pegawai ekonomi di Syarikat Morgan Stanley yang terkenal di Amerika Syarikat. Roach yang kini berada di Beijing menghargai kejayaan pembangunan ekonomi China. Beliau berkata: "Pada tahun lalu, dalam ekonomi sejagat yang bernilai 32000 bilion dolar Amerika, China hanya menempati 4%. namun, dalam keadaan kemorosotan ekonomi dunia, pertumbuhan KDNK China mempunyai 17.5% daripada kadar pertumbuhan KDNK sedunia, dan hanya lebih rendah daripada Ameriks Syarikat. Setentak itu, jumlah eksport industri pembuatan China pada tahun lalu hanya menempati kira-kira 5% nilai keseluruhan ekonomi dunia. Tetapi, pertumbuhan eksport industri pembuatan China menempati 29% kadar pertumbuhan dunia. Oleh itu, perkembangan ekonomi China sedang menyambung ke arah pertumbuhan ekonomi dunia.
Semenjak China mengamalkan dasar pembaharuan dan buka pintu pada penghujung tahun 1970-an, pembangunan struktur ekonomi pasaran sosialis semakin mantap dan China terus mencapai kemajuan dalam perdagangan luar dan kerjasama ekonomi. Pada Disember tahun 2001, China berjaya menganggotai WTO, ini menandakan China membuka pintu kepada negara luar dan telah memasuki fasa yang baru. Selama setahun yang lalu, China berusaha untuk menunaikan janjinya semasa menyertai WTO dan mencapai hasil permulan. Ini telah mendapat pujian daripada ramai tokoh yang terkenal dalam bidang ekonomi dunia. Ketua Pengarah Institut Pengkajian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Masahiko Aoki memberi penilaian seperti berikut: " Sudah lebih setahun semenjak China menganggotai WTO, ada orang menjangka China akan menghadapi banyak tuduhan tentang anti lambakan dan akan mengakibatkan ramai penganggur, keadaan ini tidak berlaku. Kini, kerajaan China berusaha dengan sedaya upaya dalam pelbagai bidang dan membuat peraturan untuk menunaikan janjinya selepas menganggotai WTO.
Encik Masahi Aoki menambah, selepas menganggotai WTO, China menjalankan keraja yang aktif dan berkesan. Beliau juga memuji China telah mencapai hasil dalam melindungi hak cipta intelek dan memperbaiki persekitaran pelaburan asing.
Bagaimana pengaruh pembangunan ekonomi China terhadap ekonomi dunia, merupakan satu masalah yang diperhatikan oleh ramai tokoh ekonomi dunia. Menteri Perdagangan China Encik Lu Fuyuan menyatakan, pembangunan ekonomi China akan menyediakan peluang yang baik kepada usahawan perindustian dan perdagangan dunia. China sedang meningkatkan kerjasama ekonomi serantau untuk mendorong saling menguntungkan dalam ekonomi China dan ekonomi dunia. Presiden Bank PembangunanAsia Tadao Chino menyatakan di Beijing baru-baru ini, kedudukan China dalam ekonomi dunia, khususnya di Asia semakin penting. Beliau berkta: " Pada 20 tahun akan datang, perkembangan China dalam bidang ekonomi dunia akan melahirkan pengaruh yang besar terhadap struktur perdagangn Asia. Melalui kerjasama serantau, negara-negara Asia akan mencapai kepentingan yang lebih banyak dalam pembangunan China.
Encik Tadao Chino berpendapat, sehingga tahun 2005, China mungkin menjadi negara pengimport yang terbesar di Asia. Perluasan pasaran dalam negara China, akan menyediakan peluang yang lebih banyak kepada pelabur asing, termasuk menambah peluang eksport kepada negara Asia.
Wang Ling
|