Menurut Agensi Berita Xinhua, untuk meningkatkan pengawasan dan pengawalan tehadap bank komersial sistem saham China, Suruhanjaya Pengawasan dan Pengawalan Sektor Bank China akan menubuhkan sistem penilaian tahap risiko bank komersial sistem saham. Petugas berkenaan suruhanjaya tersebut berkata hari ini, badan pengawasan dan pengawalan akan menilai setahun sekali terhadap bank komersial sistem saham.
China mempunyai 11 buah bank komersial sistem saham.
Difahamkan, sistem penilaian tersebut akan menjalankan penilaian terhadap bank komersial dari 7 bidang termasuk keselamatan, pengawalan dan keuntungan, penilaian itu ditetapkan 5 peringkat. Bank dengan hasil penilaian yang kurang baik, badan pengawasan dan pengawalan akan menyekat lingkungan perkhidmatan mereka bahkan diuruskan langsung oleh badan pengawasan dan pengawalan.
|