Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-24 18:51:53    
Menteri Penyelarasan Politik dan Keamanan Indonesia Tegaskan lagi Dasar Satu China

CRI
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Menteri Luar China, Li Zhaoxing hari ini telah menemui Menteri Penyelarasan Politik dan Keamanan Indonesia, Susilo yang sedang melawat di China. Susilo menyatakan bahawa Indonesia akan mengekalkan dasar satu China dan menyokong tegas usaha rakyat China untuk memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah negara.

Li Zhaoxing telah memperkenalkan dasar luar China yang bersahabat dengan negara jiran. Susilo juga menghargai peranaan penting yang dimainkan oleh China dalam rundingan 6 pihak Beijing.

Kedua-dua pihak menyatakan akan berusaha bersama-sama untuk mendorong hubungan kerjasama dan persahabatan antara China dengan Indonesia dan negara ASEAN.