2004-2-24 Fadil
Menurut berita CRI, sejumlah pegawai kanan kerajaan China mendedahkan baru-baru ini bahawa kerajaan pusat akan terus memberi bantuan kepada Hong Kong untuk memulihkan perkembangan ekonomi Hong Kong.
Naib Menteri Perdagangan China, Anmin semasa menemui delegasi Gabungan Persatuan Perdagangan Hong Kong menyatakan, Kementerian Perdagangan China akan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh Peraturan Penjalinan Hubungan Ekonomi dan Perdagangan lebih Erat antara Tanah Besar China dengan Hong Kong.
Dilaporkan lagi, Persatuan Orang Cina dan Perantau Cina serta tokoh-tokoh terkenal berturut-turut menyampaikan ucapan baru-baru ini bahawa memuji konsep "satu negara dua system" yang dikemukakan oleh mendiang Deng Xiaoping dan menganggap konsep itu mempunyai erti yang penting.
Pengerusi Gabungan Persatuan Perdagangan Cina Thailand menyatakan dasar "satu negara dua system" dan "orang Hong Kong mentadbir Hong Kong" merupakan dasar utama bagi menyelesaikan masalah Hong Kong.
Pengerusi Persatuan Persahabatan Singapura-China Singapura menegaskan bahawa mencintai tanah air dan mencintai Hong Kong adalah bersatu. Bekas Pengerusi Persatuan Kowlon Baru menyatakan, fakta membuktikan sudah dibuktikan bahawa rakyat Hong Kong menikmati kebebasan bersuarat selepas Hong Kong kembali semula ke pangkuan tanah air. Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa dasar "satu negara dua system" boleh digunakan dalam usaha penyelesaian isu Taiwan.
|