|
Wartawan CRI melaporkan bahawa jurucakap Kementerian Luar China Zhang Qiyue berkata di Beijing hari ini, pihak China akan menjalankan jasa baik dengan aktif untuk mendorong pelbagai pihak mengambil sikap yang fleksibel dan bersungguh-sungguh supaya rundingan 6 pihak Beijing mencapai hasil.
Pendirian China amat jelas, pihak China berharap memelihara perdamaian dan kestabilan Semenanjung Korea, menjamin bebas nuklear di Semenanjung Korea. Kegiatan pihak China berdasarkan prinsip itu. Pada 23 dan 24 Febuari yang lalu, pihak China terus menjalankan rundingan dengan pelbagai pihak, pelbagai pihak juga akan bertukar-tukar pendapat yang hakikat esok.
Zhang Qiyue berkata, melepaskan cadangan nuklear dan mempertimbangkan perhatian yang rasional negara berkenaan adalah masalah yang harus dipertimbangkan dalam proses menyelesaikan masalah nuklear Korea Utara.
Rundingan 6 pihak puasingan kedua akan diadakan di Beijing esok.
Ketua Delegasi Korea Utara yang juga naib Menteri Luar Korea Utara, Kim Kyo-gwan menyatakan hari ini bahawa Korea Utara akan berusaha supaya rundingan kali ini mencapai hasil.
Jurucakap Jabatan Negara A.S., Richad Boucher menyatakan semalam bahawa tujuan A.S. menyertai rundingan kali ini adalah untuk mencapai hasil.
|