|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Menteri Sumber Air China E Jingpin semalam di Guangzhou mendedahkan bahawa dalam lima tahun kebelakangan ini, usaha pencegahan kehilangan air dan hakisan tanah di China telah mencapai hasil yang besar, kehilangan air dan hakisan tanah di China telah dikawal dengan berkesan.
Dimaklumkan bahawa, kini, kebanyakan projek pembangunan di China telah membuat cadangan untuk memelihara air dan tanah berdasarkan undang-undang yang berkaitan. Dalam sepuluh tahun yang lalu, Chian telah memperuntukkan 30 bilion Yuan RMB untuk mencegah kehilangan air dan hakisan tanah, projek utama seperti landasan keretapi Qinghai-Tibet dan lain-lain dapat melaksanakan cadangan memelihara air dan tanah yang berkenaan.
Selepas pelbagai sistem pencegahan dilaksanakan, kehilangan air dan hakisan tanah telah dikawal dengan berkesan.
|