|
Menurut Harian Renminribao China, Naib Menteri Tanah dan Sumber Alam China, Shou Jiahua menyatakan di Beijing semalam bahawa penyelidikan sumber gas asli China yang diadakan baru-baru ini menunjukkan sumber gas asli di kawasan perairan China mencapai lebih 40 bilion ton.
Menurut beliau, penyelidikan dibuat kali ini mendapati mungkin terdapat sumber gas asli yang kaya di kawasan perairan utara Laut China Selatan. Ini berfaedah bagi mengatasi masalah kekurangan sumber minyak dan gas asli di China dan menjamin perkembangan ekonomi kebangsaan yang stabil.
|